Belatuk mas

(Dilencongkan dari Burung Belatuk Mas)


Burung Belatuk Mas adalah satu daripada haiwan dilindungi di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Dinopium javanense (Madoc, 1976; Tweedie, 1960, 1970). Nama Inggerisnya "Common Golden-backed Woodpecker" (Tweedie, 1960, 1970) atau "Golden-backed Three-toed Woodpecker" (Madoc, 1976). Ia juga dikenali sebagai burung Belatuk Pinang Muda.

Belatuk mas
frames
Belatuk Mas (Credit: Fraser-Brunner, A. and Tweedie, M.W.F. (1960))
Pengelasan saintifik

Ciri-ciri sunting

Panjang 28 cm. Belakang atasnya berwarna kuning mas manakala belakang bawahnya merah terang. Ekor dan tepi sayapnya hitam. Perutnya putih manakala tepi bulu pelepahnya hitam, memberikan kesan sisik pada perutnya. Pipinya berbelang hitam putih. Kepala atasnya merah kirmizi pada jantan dan hitam-putih pada betina.

Belatuk Mas adalah spesies belatuk Semenanjung Malaysia yang paling lumrah, dan sering kelihatan di kawasan tanah pamah terutamanya di kampung, belukar, dan ladang kelapa. Belatuk mas boleh dilihat bertenggek secara menegak pada batang kelapa sambil berlari memanjat naik atau mengelilingi batang kelapa untuk mencari ulat dan serangga; berpaling ke belakang untuk mendengar; mematuk-matuk kuat batang atau dahan; dan terbang berombak-ombak sambil gelongsor ketika mengepak sayap.

Bunyinya berupa teriakan kasar dan nyaring yang dibuatnya sambil terbang dari pokok ke pokok.

Pembiakan sunting

Belatuk mas membiak dari Februari hingga Julai (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976). Sarangnya berupa lubang dalam batang pokok mati, terutamanya pokok kelapa, yang dibuatnya dengan mematuk batang pokok dengan paruhnya yang kuat itu, 25 cm ke bawah pintu masuk lubang dan 4 hingga 13 meter dari tanah (Madoc, 1976). Telurnya putih, tiga biji.

Rujukan sunting

Madoc, G.C. (1976). An Introduction to Malayan Birds. Kuala Lumpur: Malayan Nature Society.

Tweedie, M.W.F. (1960). Common Malayan Birds (1 ed). (1970) Common Birds of the Malay Peninsula (2 ed.) Kuala Lumpur: Longman. ISBN 0-582-69450-7.

Pautan luar sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z