Burung Cenuk Birah

spesies burung

Burung Cenuk Birah (bahasa Inggeris: Chestnut-breasted Malkoha) ialah spesies burung Sewah Padang dalam famili Cuculidae. Burung ini hidup di kawasan Asia Tenggara yang terbentang dari Myanmar di barat sehingga Jawa Timur, Filipina, dan Borneo di timur. Nama saintifiknya Phaenicophaeus curvirostris.

Burung Cenuk Birah
Anak burung
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. curvirostris
Nama binomial
Phaenicophaeus curvirostris
(Shaw, 1810)

Taksonomi sunting

Burung Cenuk Birah diperikan buat kali pertama, berdasarkan satu spesimen yang diambil dari Jawa Barat oleh George Shaw, ahli alamiah Inggeris pada 1810. Spesimen itu dikenali sebagai Cuculus curvirostris sebelum nama genus Phaenicophaeus dicipta oleh James Francis Stephens, satu lagi ahli alamiah Inggeris, pada 1815. Epitetnya diterbitkan daripada perkataan Latin, curvus "melengkung", dan rostrum "paruh".[1] Sebaliknya, nama genus diterbitkan daripada perkataan Yunani phoiniko- "merah lembayung", dan phaes "mata" atau "muka",[2] untuk merujuk kepada Phaenicophaeus pyrrhocephalus (bahasa Inggeris: Red-faced Malkoha). Bagaimanapun, 'œ' salah ditranskripsikan sebagai 'æ'.[3]

Subspesies sunting

Enam subspesies telah diiktiraf:

  1. P. c. singularis: dari Myanmar Selatan dan Thailand ke Semenanjung Malaysia sehingga Sumatera, serta juga di Kepulauan Anambas;
  2. P. c. oeneicaudus: di Kepulauan Sumatera barat;
  3. P. c. curvirostris: di Jawa Tengah dan Barat.
  4. P. c. deningeri: di Jawa Timur dan Bali;
  5. P. c. microrhinus: di Pulau Bangka dan Borneo;
  6. P. c. harringtoni: di pulau-pulau Palawan, Balabac, Calamian, dan Dumaran yang tergolong dalam wilayah Palawan di Filipina Barat.

Rupa sunting

Burung Cenuk Birah merupakan burung sewah padang yang besar, iaitu antara 42 hingga 49 sentimeter (17 - 19 inci). Warnanya adalah seperti yang berikut: [4]

  • bahagian atasnya kelabu dan hijau gelap, manakala bahagian bawah dan pinggulnya berwarna perang berangan;
  • mandibel atasnya besar dan melengkung, dengan warna yang pucat, manakala mandibel bawah berwarna merah gelap atau hitam;
  • kepalanya berwarna kelabu, dengan setompok kulit merah yang botak dan kasar di sekeliling matanya.
  • sayapnya berwarna hijau gelap dan menjadi semakin pucat apabila burung semakin tua.
  • kakinya berwarna kelabu gelap.

Tidak terdapat banyak dimorfisme seks, dengan kedua-dua burung jantan dan burung betina kelihatan serupa bulunya. Bagaimanapun, burung jantan mempunyai iris yang berwarna biru pecat, manakala iris burung betina berwarna kuning.

Makanan sunting

Burung Cenuk Birah makan: [4]

Pembiakan sunting

Musim pembiakan Burung Cenuk Birah berbeza-beza antara satu lokasi dengan yang lain. Di Borneo, musim pembiakan adalah antara Ogos hingga Disember, manakala di kawasan Asia Tenggara yang lain, musimnya antara Januari hingga September. Berbeza dengan banyak burung sewah padang yang lain, burung ini membina sarang dan membesarkan anak sendiri.[5]

Kedua-dua burung jantan dan burung betina berpasangan dan membina sarang dengan menggunakan dahan kecil dan ranting, dilapisi dengan daun. Saiznya sekitar 35 sentimeter (14 inci),[4] dengan lekukannya sekitar 11 sentimeter (4 inci) diameternya dan sekitar 5 sentimeter (2 inci) dalamnya.

Dua atau tiga biji telur putih kusam bersaiz 34 x 28 mm dihasilkan setiap kali. Pengeraman telur dilakukan oleh kedua-dua burung betina dan burung jantan, dengan telur itu biasanya menetas, 13 hari selepas ditelurkan. Anak burung diberi makanan oleh kedua-dua ibu bapanya selama 11 hari.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Simpson DP (1979). Cassell's Latin Dictionary (ed. 5). London: Cassell Ltd. m/s. 883. ISBN 0-304-52257-0.
  2. ^ Liddell, Henry George and Robert Scott (1980). A Greek-English Lexicon (Abridged Edition). United Kingdom: Oxford University Press. ISBN 0-19-910207-4.
  3. ^ Payne RB, Sorenson MD (2005). The Cuckoos: Cuculidae. Oxford University Press. m/s. p. 294. ISBN 0198502133. |pages= has extra text (bantuan)
  4. ^ a b c Strange, Morten (2000). Photographic Guide to the Birds of Southeast Asia. Singapore: Periplus. m/s. 157. ISBN 962-593-403-0.
  5. ^ a b Payne, p. 297

Pautan luar sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z