COWSEL (COntrolled Working SpacE Language) adalah bahasa pengaturcara yang direka antara 1964 dan 1966 oleh Robin Popplestone. Ia berasaskan bentuk notasi Polish terbalik (reverse Polish notation - RPN) dari bahasa pengaturcaraan Lisp digabung bersama sebahagian idea dari Bahasa Pengaturcaraan Gabungan - (Combined Programming Language - CPL).

COWSEL pada mula digunakan di komputer Ferranti Pegasus di Universiti Leeds dan pada Stantec Zebra di Institute Teknologi Bradford; kemudiannya, Rod Burstall menggunakannya pada Elliot 4120 di Universiti Edinburgh.

COWSEL dinamakan sebagai POP-1 semasa musim panas 1966 dan pembangunan berterusan di bawah nama tersebut.

Contoh kod sunting

function member
lambda x y
comment Is x a member of list y;
define      y atom then *0 end
            y hd x equal then *1 end
            y tl -> y repeat up

Lihat juga sunting

  • Bahasa pengaturcaraan POP-2
  • Bahasa pengaturcaraan POP-11
  • Bahasa pengaturcaraan Poplog

Rujukan sunting

  • Technical report: EPU-R-12, U Edinburgh (Apr 1966)

Pautan luar sunting