Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (singkatan CUEPACS daripada nama bahasa Inggeris iaitu Congress of Union of Employees in the Public And Civil Services) merupakan kesatuan sekerja yang membela nasib 1.2 juta pekerja sektor awam di Malaysia. Presidennya ialah Tuan Haji Adnan bin Mat dan Setiausaha Agung ialah Abdul Rahman bin Haji Mohd Nordin

CUEPACS
Kerangka
Jenis/bentuk sahKesatuan sekerja Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.cuepacs.my Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan23 Oktober 1957 Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Isu-isu sunting

CUEPACS CARE

Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting dan satu-satunya aset yang tidak ternilai harganya. Seiring dengan kemajuan yang telah dicapai, pelbagai kaedah moden telah diperkenalkan untuk merawat pelbagai penyakit.

Sebagai Penjawat Awam, anda layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan dengan mudah tanpa bayaran. Tetapi, bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada kalanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang agak lama, manakala di hospital swasta, walaupun menyediakan rawatan yang pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam.

Menyedari hakikat ini, CUEPACS dengan kerjasama Medicare Assistance Sdn Bhd telah memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE pada tahun 1999, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan. Ini adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________

Pemalsuan cuti sakit sunting

Pada 24 Mei 2010, Omar Osman mendedahkan 3 peratus daripada penjawat awam memalsukan sijil cuti sakit.[1] Jabatan Perkhidmatan Awam mengedarkan pekeliling yang memberikan amaran terhadap kegiatan pemalsuan sijil cuti sakit. Jika terbukti bersalah, penjawat awam boleh hilang wang persaraan, pinjaman perumahan dan beberapa kemudahan lain.

Dikatakan mungkin ada agen membekalkan sijil cuti sakit palsu yang menyamai sijil cuti sakit tulen dari pegawai perubatan kerajaan atau swasta.[2]

41 % penjawat awam rasuah sunting

Pada 2 Jun 2010, seramai 418,200 atau 41 % daripada 1.2 juta penjawat awam Malaysia menerima rasuah. Omar Osman menyatakan Cuepacs akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengheret mereka kemuka pengadilan.Cuepacs sama sekali kaki tangan yang memalsukan sijil cuti sakit dan ponteng kerja. 1,000 hingga 2,000 penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit atau mengubah jumlah asal cuti sakit yang diberikan oleh doktor. Contohnya mengubah 1 hari kepada 11 hari.[3]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting