Cai Shen (Cina Tradisional: 財神, Cina Ringkas: 财神, pinyin: Cáishén) ialah dewa kekayaan dan kemakmuran Cina, juga dikenali sebagai Zhao Gongming atau Bi Gan.[1] Meskipun asalnya Cai Shen ialah seorang wira rakyat Cina, kemudian didewakan dan disanjungi pengikut setempat, Taoisme dan agama Buddha Tanah Murni turut mengiktirafnya sebagai dewa.

Cai Shen

Nama Cai Shen selalu dilaungkan ketika sambutan Tahun Baru Cina,[1] selalunya digambarkan menunggang harimau hitam dan memegang sebatang emas. Cai Shen boleh juga digambarkan berlengkapkan senjata besi.

Beberapa kisah mengenai gabungan politik Cai Shen dan pendewaan yang menyusul turut disebarkan.[1] Adalah tidak jelas sama ada Cai Shen adalah seorang tokoh bersejarah yang sebenar, namun kebanyakan besar cerita ini bersependapat bahawa Cai Shen pernah hidup pada Dinasti Qin.

Dalam agama Buddha Tanah Murni, Cai Shen ialah dewa Buddha yang berupa "Buddha Zaman Akan Datang" yang menetap di Tanah Murni atau Syurga Barat.

Nota sunting