Cakera laser atau Laserdisc (LD) ialah medium storan cakera optik komersil yang pertama. Mula-mulanya dipasarkan dengan nama Discovision pada 1978, teknologi ini dilesenkan dan dijual dengan nama Reflective Optical Videodisc, Laser Videodisc, Laservision, Disco-Vision, DiscoVision, dan MCA DiscoVision sehingga Pioneer Electronics membeli kepentingan majoriti dalam format ini lalu memasarkan LaserDisc pada 1980-an.

Laserdisc
(Cakera laser)

LaserDisc (kiri), dibandingkan dengan DVD.
Jenis media:Cakera optik
Pengekodan:NTSC, PAL
Muatan:60 minit sebelah CLV
30 minit sebelah CAV
Dimaju oleh:Philips & MCA
Penggunaan:Video rumah
Storan data
Optical discs
Optical media types
Standards
Further reading
Tanda pensijilan Laserdisc

Walaupun mutu gambar LaserDisc lebih bagus berbanding sistem VHS dan Betamax, namun cakera laser tidak disambut baik di rantau Amerika dan Eropah. Namun begitu, cakera laser disambut hangat di Jepun dan golongan kaya Asia Tenggara seperti Hong Kong dan Singapura. Cakera laser merupakan medium video sewaan paling popular di Hong Kong pada 1990-an.

Kini, teknologi cakera laser sudah lapuk dan tidak dijual lagi. Teknologi dan konsep yang diterapkan dalam Laserdisc menjadi pelopor kepada cakera padat dan DVD.