Cakoi (Jawi: چاکوي), youtiao (Mandarin) atau patongko (Thai) merupakan makanan diperbuat daripada doh lonjong panjang yang digoreng sehingga memerang keemasan apabila siap dimasak. Ia merupakan salah satu masakan masyarakat China dan turut popular di beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara. Kebiasaannya, ia dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya.

Cakoi
Cakoi selepas digoreng masih hangat
JenisDonut
Tempat asalChina
Kawasan/rantauChina, dan Asia Tenggara
Bahan utamaDoh
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Cakoi
Nama Cina
Cina Tradisional: 油條
Cina Ringkas: 油条
Maksud harfiah: minyak jalur
Yu Char Kway
Tulisan Tradisional: 油炸粿/餜/鬼
Tulisan Ringkas: 油炸粿/馃/鬼
Maksud harfiah: minyak goreng pastri (atau hantu)
Nama Filipina
Bahasa Tagalog: bicho-bicho/shakoy
Nama Thai
Bahasa Thai: ปาท่องโก๋
RTGS: pathongko
Nama Vietnam
Bahasa Vietnam: dầu cháo quẩy / giò cháo quẩy

Nama lain sunting

Di Thailand, cakoi lebih diketahui sebagai patongkoh atau patongko. Di Myanmar (Burma), ia dikenali sebagai e kya kway. Bagi orang di Vietnam, masakan jenis ini dikenali dầu cháo quỷ, yakni ia merupakan satu perkataan yang berasal dari sebutan Kantonis. Di Indonesia, cakoi dikenali sebagai cahkwe.

Di China, cakoi dikenali dalam Mandarin sebagai Youtiao, ia juga dikenali dibahagian utara dan selatan China sebagai guozi (果子, pinyin: guǒzi). Manakala, dikalangan orang cina Kantonis pula, ia dikenali sebagai yau ja gwai atau ditulis sebagai you zha gui yang membawa maksud "hantu goreng". Dikalangan orang cina Hokkien pula dikenali u char kway (Pe̍h-ōe-jī: iû-chia̍h-kóe).

Bagi kalangan orang di Filipina, cakoi disebut sebagai bitsu atau Bitso-bitso (disebut "Bicho-bicho) . Walaupun masakan jenis ini bukan global, tapi ia boleh didapati di Australia dengan nama chopstick cake yang dipanggil oleh orang cina Kemboja disana, dimana masakan ini dipanggil kerana ia menyerupai seperti kayu sepit. Cakoi juga boleh didapati dinegara-negara lain, yang mempunyai penduduk pendatang dari kalangan negara China dan Indo-China.

Sejarah sunting

Mengikut cerita orang-orang di China, perkataan yau ja gwai dan u char kway digunakan untuk menunjukkan tunjuk perasaan kepada Dinasti Song (960-1279), secara rasminya ialah Qin Kuai (秦檜, Kantonis: Chun Kui), yang mengumpulkan dan membentuk satu pakatan untuk menjatuhkan jeneral Yue Fei, seorang idola dalam menyemarakkan semangat kebangsaan dalam orang-orang cina.

Dikatakan, makanan ini menggambarkan dua bentuk manusia yang bercantum dan digoreng, yang dikatakan ia adalah Qin Kuai dan isterinya, kedua-duanya bergabung dengan musuh untuk menjatuhkan jeneral sehingga titisan darah terakhir. Jadi, cakoi dimakan dan dimasak berkeadaan dengan minyak yang banyak, seperti ia memusnahkan pasangan suami-isteri tersebut.

Budaya pemakanan sunting

China sunting

  • Merupakan satu makanan sarapan pagi, dimakan dengan bubur.

Indonesia sunting

  • Dimakan bersama sambal asam cair (dicecah).

Malaysia sunting

  • Cakoi bukanlah satu makanan atau masakan yang keasliannya datang dari kalangan Melayu, ia tercetus dari kedatangan orang-orang Cina, dan juga orang Indo-China yang datang ke Malaysia. Namun, cakoi di makan oleh orang Melayu bukan ketika sarapan, ia banyak didapati dijual oleh penjual gerai jalanan ketika waktu petang. Cakoi bagi kalangan Melayu, kebanyakkannya dimakan ketika waktu petang dan ia dicecah dengan kuah kacang cair atau kaya. Cakoi jarang dibuat dirumah tapi hanya banyak dibeli digerai jalanan dan ketika pasar malam. Bagi kalangan orang Cina, cakoi dimakan dengan Bak Kut Teh, bubur atau air kacang soya.