Campini Caproni CC.2

Campini Caproni CC.2 (kadang kala dirujuk sebagai N-1) merupakan kapal terbang berkuasa thermojet awal.

Campini Caproni CC.2
An Italian Air Force Campini Caproni CC.2 in flight
Perincian teknikal
Lebar 14.6 m (48 kaki)
Panjang 12.1 m (40 kaki)
Tinggi 4.7 m (15 ft 5 in)
Luas sayap 36 m2 (388 kaki2)
Kelajuan maksima 360 km/h (224 bsj) (194 kts)
Tinggi maksima 4,000 m (13,000 kaki)
Janakuasa Thermojet - 670 kW (900 hp) enjin piston memancu pemampat, membekalkan udara ke dalam kebuk pembakaran bagi menghasilkan tujahan sebanyak 6.9 kN (1,550 paunf)

Pada tahun 1931 jurutera Itali Secondo Campini menghantar lapuran berkenaan potensi tujahan jet kepada Kementerian Udara Itali (Italian Air Ministry), dan pada tahun berikutnya, membuat pertunjukan bot berkuasa jet di Venice. Pada tahun 1934, Kementerian Udara meluluskan kebenaran bagi pembangunan kapal terbang jet bagi membuktikan prisip enjin jet.

Sebagaimana direka oleh Campini, kapal terbang tidak mempunyai enjin jet sebagaimana yang kita kenali masa kini. Sebaliknya, enjin piston biasa 670 kW (900 hp) Isotta Fraschini L. 121/R.C. 40) digunakan bagi memberi kuasa kepada pemampat gas, yang memaksa udara mampat ke dalam kebuk pembakaran dimana ia bercampur dengan bahan api dan menyala. (Exhaust ) dihasilkan oleh pembakaran ini digunakan bagi memecut pesawat kehadapan. Campini menggelar tatarajah ini sebagai "thermojet".

Campini mendapatkan kilang kapal terbang Caproni bagi membantu membina prototaip, dan dua kapal terbang dan satu model tidak terbang (asas ujian) akhirnya dibina. Penerbangan pertama dilakukan pada 27 Ogos, 1940 dipandu oleh juruterbang ujian Mario de Bernardi.

Kapal terbang tersebut dijadikan sebagai alat propaganda secara besar-besaran oleh Mussolini dan Fédération Aéronautique Internationale yang menyedari bahawa ini merupakan kali pertama penerbangan kapal terbang jet yang berjaya, walaupun ia kemudiannya diketahui bahawa penghormatan ini sebenarnya kepunyaan Heinkel He 178 yang terbang setahun penuh sebelumnya, dan menggunakan turbojet sebenar.

Selepas Perang Dunia II, salah satu prototaip dihantar ke UK untuk kajian di Royal Aircraft Establishment di Farnborough, dan kemudiannya telah hilang dan kemungkinannya dilupuskan. Prototaip yang lain kini dipamerkan di Aeronautical Museum of Vigna di Valle di Rome dan badan pesawat asas ujian darat terdapat di Museum of Science and Technology di Milan.

Kandungan berkait sunting

Kapal terbang seumpamanya: