Cara Elizabeth DeLizia (lahir 10 April 1984 di Silver Spring, Maryland) merupakan pelakon Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Fiona "Fi" Phillips disamping Mackenzie Phillips menerusi Siri Original Disney, So Weird.

Cara DeLizia
Kelahiran
Cara Elizabeth DeLizia

(1984-04-10) 10 April 1984 (umur 40)
Tahun aktif1989 - kini
PasanganRobert Chambers (2004 - 2006)

Beliau mula berlakon semenjak berusia 5 tahun menerusi produksi teater. Beliau kemudiannya muncul di dalam Nick Freno: Licensed Teacher serta beberapa siri lain seperti Mad About You, 7th Heaven, The West Wing, Strong Medicine, dan ER. Selain itu beliau juga pernah muncul di dalam filem Sleepless in Seattle dan Avalon.

Beliau memegang watak Marcy Kendall menerusi drama Boston Public dan beliau menyumbang suara di dalam tiga episod siri kartun, All Grown Up!.

DeLizia bertunang dengan Robert Chambers pada 2001 dan berkahwin pada 2004. Mereka menetap di Burbank, California. Namun, pada 2006, pasangan ini bercerai.

External links sunting