Caribbean Airlines

Caribbean Airlines merupakan syarikat penerbangan kebangsaan Trinidad dan Tobago . Syarikat penerbangan itu juga pembawa bendera Jamaica melalui anak syarikatnya, Caribbean Airlines-Air Jamaica.

Syarikat penerbangan itu memulakan operasi pada 1 Januari 2007, menggantikan pendahulunya, BWIA West Indies Airways . Berpusat di Piarco ,di pulau Trinidad . Majalah dalam penerbangan adalah Beat Caribbean . Caribbean Airlines terbang dari Caribbean ke Amerika Syarikat , Kanada dan Amerika Selatan .

Terhempas dan patah dua sunting

Pada 30 Julai 2011, Caribbean Airlines Penerbangan 523 terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Cheddi Jagan di Guyana. Pesawat, Boeing 737-800 , patah kepada dua bahagian . Kapal terbang itu dari New York ke Guyana.Tiada kematian tetapi beberapa orang cedera. Mereka dihantar ke Hospital Awam Georgetown. Penumpang seramai 157 orang dan 6 anak kapal.

Kemalangan dipercayai berpunca dari hujan lebat. [1]

Rujukan sunting