cat ialah sebuah atur cara UNIX yang digunakan untuk mengoutput kandungan fail. Nama cat berasal dari perkataan Inggeris catenate, sinonim kepada concatenate.

Spesifikasi sunting

Spesifikasi UNIX Tunggal menyatakan bahawa cat perlu membaca setiap fail yang dinyatakan dalam argumen dan menulis kandungan fail-fail tersebut ke output piawai mengikut turutan yang dinyatakan. Jika pilihan -u dinyatakan, maka setiap bait yang dibaca akan dioutput tanpa penangguhan. Jika tiada fail dinyatakan, maka cat akan membaca dari input piawai. Jika terdapat - dalam turutan fail yang dinyatakan, maka cat akan membaca dari input piawai di tempat itu.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting