Cauvinism, (disebut /ˈʃoʊvɨnɪzəm/), berasal dari perkataan Inggris: chauvinism di dalam maknanya sebenar-benarnya adalah kepercayaan yang patriotik, berlebihan, dan membuta tuli dalam keunggulan dan keberanian nasional.[1]Tambahan lagi, ia menjadi satu kepartisanan yang melampau dan fanatik bagi pihak mana-mana kumpulan yang dimilikinya, terutamanya apabila pemihakan itu termasuk rasa sifat iri hati dan benci terhadap kumpulan lawan. Dengan perasaan sedemikian, pihak yang chauvinism akan berpendapat bahawa pihak sendiri adalah unik(yang patut dibangkitkan/ditonjolkan) dan pihak lain adalah biasa/sederhana sahaja(yang patut dibiarkan mahupun dilepaskan).[2] Jingoisme juga adalah satu bentuk Inggeris yang selari dengan perkataan Perancis tersebut.[1] Satu penggunaan sezaman istilah itu adalah di dalam frasa cauvisinisme lelaki/male chauvinism.[3] Disebabkan oleh "cauvinisme" menjadi istilah yang selalu didengari di dalam konteks jentina, ia selalu dirujuk secara salah bahawa "Cauvinisme lelaki" hanya seperti anti-feminisme dan seksisme.

Cauvinism sebagai nasionalisme sunting

Di dalam buku "Imperialism, Nationalism, Chauvinism", in The Review of Politics 7.4, (October 1945), p. 457, Hannah Arendt menggambarkan konsep:

Cauvinisme adalah satu konsep nasional yang hampir semulajadi yang hanya berguna disebabkan ia berasal terus daripada idea lama iaitu "misi nasional." ... [A] Misi negara mungkin diterjemahkan secara tepat disebabkan ia membawa cahayanya kepada yang lain, orang yang kurang bernasib baik walau menakjubkan, apa pun sebabnya telah ditinggalkan oleh sejarah tanpa misi nasional. Selagi konsep ini tidak berubah menjadi satu ideologi cauvinisme dan ia tetap di dalam samada keadaan kabur atau maruah negara, kerap kali ia menyebabkan rasa bertanggungjawab untuk kebajikan orang-orang yang susah.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Oxford English Dictionary
  2. ^ Macmillan., Palgrave. Global politics. Palgrave Macmillan. 2015. ISBN 9781137349262. OCLC 979008143.
  3. ^ The Columbia Guide to Standard American English. Dicapai pada 2008-12-04. Cauvinisme adalah "semangat patriotisme yang fanatik, bongkak dan membuta tuli" dan maksudnya dipanjangkan lagi dengan "kepercayaan yang prejudis atau kebanggaan yang membuta tuli di dalam mana-mana kumpulan yang anda tergolong." Di akhir-akhir ini, walaupun begitu, istilahcauvinisme lelaki sudah mendapat banyak populariti yang beberapa pengguna yang bermaklumat salah mengkin tidak menyebut makna-makna perkataan itu lebih umum atau patriotik.