Cendawan tiram

spesies kulat

Cendawan tiram atau cendawan tiram pokok (Pleurotus ostreatus) ialah spesies kulat yang boleh dimakan. Ia kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii.

Cendawan tiram
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Fungus
Divisi: Basidiomikota
Kelas: Agarikomiset
Order: Agaricales
Keluarga: Pleurotaceae
Genus: Pleurotus
Spesies:
P. ostreatus
Nama binomial
Pleurotus ostreatus
(Jacq. ex Fr.) P.Kumm. (1871)[1]
Cendawan tiram
Ciri-ciri mikologi:
 
Himenium berinsang
 
Pileus berbentuk ofset
 
Tangkai terdedah
 
Cetakan spora berwarna putih
 
Ekologi: Saprofit
 
Status sebagai makanan: Pilihan

Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.

Nama sunting

Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk pada pertumbuhannya di sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileusnya. Sesetengah orang percaya nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu tiram kerana rasanya yang hampir sama.

Pleurotus ostreatus juga dikenali sebagai píng gū (平菇) di negara China yang bermaksud "cendawan datar". Cendawan ini juga mempunyai bau seperti jintan manis kerana kehadiran sejenis kimia iaitu benzaldehid.[perlu rujukan]

Habitat sunting

Cendawan tiram banyak didapati di hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia.[perlu rujukan] Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.

Maklumat tambahan sunting

Cendawan tiram merupakan sumber semula jadi dadah statin. Kajian mendapati ia mengandungi lebih kurang 0.4% hingga 2.7% statin berdasarkan berat kering. Selain itu, kajian makmal ke atas haiwan menunjukkan bahawa penambahan kulat yang tergolong dalam genus Pleurotus dalam diet dapat mengurangkan kolesterol dalam sesetengah keadaan.[perlu rujukan]

Cendawan ini juga salah satu cendawan maging kerana terdapat struktur yang dikenali sebagai miselium yang bertujuan membunuh dan mencerna cacing gelang. Ini dipercayai menjadi cara untuk cendawan ini memperoleh nitrogen.

Cendawan ini mengandungi kandungan kecil arabitol yang menyebabkan kesakitan gastrousus pada sesetengah orang. Arabitol merupakan alkohol gula yang sepunya dengan xilitol, manitol dan sorbitol di mana digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan dalam makanan.

Perusahaan cendawan tiram di Malaysia sunting

Perusahaan cendawan di Malaysia mula mendapat tempat di mata anak-anak muda untuk dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan. Pulangan ribuan ringgit setiap bulan boleh dijana dengan hanya menggunakan bahan-bahan seperti habuk kayu getah.

Kursus cendawan tiram kebanyakannya dianjurkan oleh jabatan pertanian negeri. namun ramai juga syarikat-syarikat swasta mula menganjurkan kursus tanaman cendawan ini.

Di Malaysia, terdapat satu syarikat yang membekalkan lebih dari 30 jenis mesin cendawan pelbagai saiz dan bentuk sesuai untuk semua lapisan penanam, sama ada baru bermula atau yang sudah lama.

Rujukan sunting

  1. ^ Kummer, P. (1871). Der Führer in die Pilzkunde (ed. 1st).

Pautan lain sunting