Charles Vyner Brooke

Sir Charles Vyner deWindt Brooke (30 September 18749 Mei 1963) ialah Raja Putih ketiga dan terakhir Sarawak.[1]

Charles Vyner Brooke
Raja Putih Sarawak Terakhir
Pemerintahan24 Mei 1917 – 1 Julai 1946
Didahului olehSir Charles Anthoni Johnson-Brooke
Diikuti olehMonarki terhapus
Charles Arden-Clarke
Kerajaan Sarawak
Keputeraan(1874-09-30)30 September 1874
Kemangkatan9 Mei 1963(1963-05-09) (umur 88)
London, England
PemakamanGereja St Leonard, Sheepstor dekat Dartmoor
KerabatRaja Putih Sarawak
AyahandaSir Charles Johnson-Brooke
BondaMargaret Alice Lili de Windt
Raja Putih Sarawak
(Bekas keberajaan)

Raja-raja Putih Sarawak

Baginda memerintah Kerajaan Sarawak dalam dua fasa - dari kemangkatan Charles Brooke tahun 1917 hingga kemaraan tentera Jepun ke Borneo tahun 1941, dan dari kembalinya baginda di Sarawak pada 15 April 1946 sehinggalah penyerahan kerajaan Sarawak kepada Empayar British pada 1 Julai tahun sama.

Keputeraan sunting

Baginda diputerakan kepada Rajah Charles dan Rani Margaret di London. Baginda meluangkan masa muda baginda di sana mendapat pendidikan di Clevedon, Winchester College dan Magdalene College, Cambridge.[2]

Vyner memasuki pemerintahan awam Sarawak sebagai adikung ayahandanya dari 1897 hingga 1898. Dari sana, beliau dianikkan pangkat sebagai pegawai daerah Simanggang (1898–1901), Residen Mukah dan Oya (1902–1903)serta Divisyen Ketiga (1903–1904) Baginda turut terlibat sebagai Presiden Majlis Mahkamah Negeri (Law Courts) 1904–1911 serta Naib Presiden Majlis-Majlis Agung dan Am Sarawak dari 1904 hingga 1911.

Kerjaya ketenteraan sunting

Beliau ditugaskan sebagai Leftenan Kedua 3rd County of London Yeomanry (Sharpshooters) pada 12 Mei 1911 sebelum meletakkan jawatan dalam Artist's Rifles pada 21 Mei 1913. Beliau semasa Perang Dunia Pertamaberkhidmat secara sulit (incognito) sebagai rating dalam unit senjata antipesawat tentera laut,[3] dan sebagai pemasang di sebuah kilang pesawat Shoreditch, London Timur. Beliau dikurniakan gelaran baharu oleh Raja George V pada 22 Jun 1911.

Di England jugalah baginda berkenalan rapat dengan Sylvia Brett, anak bangsawan Lord Esher,[1] mereka berkahwin pada 21 Februari 1911. Kedua-dua mereka kemudiannya kembali ke Sarawak bersama-sama dengannya.

Pemerintahan sunting

Selepas kematian Raja Putih kedua Sarawak, Charles Brooke, Brooke kemudiannya ditabalkan sebagai Raja Putih Sarawak ketiga pada 24 Mei 1917. Perkembangan Sarawak semasa pemerintahan awal Brooke menyaksikan Sarawak menjadi antara maju kerana pengeluaran getah dan minyak mentah. Hal ini membolehkan Brooke memodenkan institusi-institusi di Sarawak termasuklah perkhidmatan awamnya.

Dasar Brooke menjadikannya popular apabila ada antara dasar tersebut seperti pengharaman mubaligh Kristian disukai ramai. Namun demikian Sarawak menjadi serangan tentera Jepun pada 25 Disember 1941. Brooke melarikan diri bersama-sama keluarganya ke Sydney, Australia di mana dia berada di situ sehinggalah tamatnya peperangan. Brooke kembali ke Sarawak pada 15 April 1946 dan kembali menjadi raja kerajaan tersebut.

Penyerahan kerajaan kepada pihak British sunting

Vyner menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British sebagai suatu jajahan makhota iaitu Tanah Jajahan Mahkota Sarawak pada 1 Julai 1946.

Rajah Muda Anthony yang menjadi pengganti pilihan rakyat Sarawak turut melepaskan tuntunan takhta yang berbaki dari pewarisan mamandanya kepada pihak Jajahan Mahkota tahun 1951, Anthony berpindah kemudian ke New Zealand menghabiskan sisa hidupnya di sana.[4]

Senja hidup sunting

Vyner meninggal di No. 13, Albion Street, Bayswater, W2 London pada 9 Mei 1963,[1] empat bulan sebelum kemasukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September tahun sama.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Person Page". Thepeerage.com. Dicapai pada 30 December 2017.
  2. ^ Templat:Acad
  3. ^ Templat:Lives of WWI
  4. ^ "Farewell to the Crown Prince". Theborneopost.com. 21 September 2013. Dicapai pada 30 December 2017.
Didahului oleh
Charles Brooke
Raja Putih
24 Mei 1917-1 Julai 1946
Diikuti oleh:
Kerajaan dibubar