Republik Chechen (IPA: ˈʧɛʧn̩ rɪˈpʌblɪk; Rusia: Чече́нская Респу́блика, Chechenskaya Respublika; Chechen:Нохчийн Республика, Noxçiyn Respublika) atau Chechnya merupakan sebuah subjek persekutuan Rusia.

Chechnya
Чеченская Республика (Rusia)
Нохчийн Республика (Bahasa Chechen)

Lokasi Republik Chechnya di Rusia
Jata Bendera

Jata

Republik Chechnya
Lagu: Lagu Kebangsaan Republik Chechnya
Pusat pentadbiran Grozny
Tahun diwujudkan 11 Januari 1991
Status politik
Daerah persekutuan
Rantau ekonomi
Republik
Selatan
Kaukasus Utara
Kod 20
Kawasan
Kawasan
- Tangga
17,700 km²
ke-77
Populasi (mengikut Bancian 2002)
Populasi
- Tangga
- Kepadatan
- Bandar
- Luar bandar
1,400,686 penduduk
ke-49
79.1 penduduk  / km²
33.8%
66.2%
Bahasa kebangsaan Rusia, Chechen
Kerajaan
Presiden Republik Ramzan Kadyrov
Ketua KerajaanOdes Baysultanov
Badan perundangan Parlimen
Perlembagaan Perlembagaan Republik Chechnya
Laman web rasmi
http://chechnya.gov.ru/

Bersempadan dengan Jajahan Stavropol di bahagian barat laut, Republik Dagestan di bahagian timur laut dan timur, Georgia di selatan, dan Republik Ingushetia dan Ossetia Utara-Alania di bahagian barat, Chechnya terletak di atas pegunungan Kaukasus disebelah Utara. Ibu kotanya berada di Grozny.

Setelah jatuhnya pemerintahan Kesatuan Soviet, sekelompok pemberontak Chechnya menyatakan bahawa mereka adalah pemerintah yang sah, mereka mengumumkan parlimen baharu, dan mengisytiharkan kemerdekaan wilayahnya sebagai Republik Chechnya Ichkeria. Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara. Pengisytiharan tersebut telah menyebabkan konflik bersenjata di mana kedua belah pihak di antara Chechnya dan Rusia terlibat. Chechnya merupakan wilayah paling ramai yang beragama Islam di Rusia.

Geografi sunting

Chechnya terletak di kawasan selatan Rusia Eropah. Chechnya bersempadan dengan Ingushetia di barat dan Ossetia Utara-Alania serta Jajahan Stavropol di barat laut. Kawasan timur pula disempadani Dagestan manakala negara Georgia terletak di selatan. Republik ini memiliki keluasan kira-kira 17,300 km².[1] Sehingga 2018, nilai keluasan republik adalah pelbagai akibat ketakpastian garis sempadan Chechnya dan Ingushetia. Sebagai contoh, Ensiklopeidia Agung Rusia menetapkan nilai keluasan Chechnya pada 15.6 ribu km².[2] Penetapan garis sempadan yang jelas dimeterai oleh ketua kedua-dua republik pada September 2018, sekali gus memudahkan pengiraan keluasan.[3] Republik Chechnya terletak dibawah Zon Waktu Moscow (MSK/MSD). UTC ialah +0300 (MSK)/+0400 (MSD).

Demografi sunting

Berdasarkan bancian rasmi 2010, populasi Chechnya ialah 1,268,989 orang,[4] meningkat daripada 1,103,686 orang berdasarkan bancian 2002.[5] Walaupun begitu, trend pertambahan penduduk itu dipersoalkan golongan pakar demografi apabila peperangan di Chechnya diambil kira.[6][7]

Orang Chechen membentuk 95.3% populasi, diikuti orang Rusia (24,382 orang, 1.9%), Kumyk (12,221 orang, 1%), Ingush (1,296 orang, 0.1%) dan beberapa etnik kecil lain. Etnik Armenia pula hanya terdiri daripada beberapa buah keluarga.[8] Bahasa Chechen dan Rusia bertindak sebagai bahasa-bahasa utama Chechnya.

Agama sunting

Agama Islam membentuk agama utama Chechnya, dan merupakan agama kira-kira 95% berdasarkan tinjauan di Grozny pada 2010.[9] Perkembangan Islam di kawasan Chechnya berlaku pada abad ke-16 ke abad-19, dan orang Chechen secara amnya menuruti mazhab Syafii.[10][11] Selain itu, mazhab Hanafi juga hadir dalam masyarakat Chechnya.[12] Banyak orang Chechen juga merupakan ahli sufi, sama ada tarekat Qadiri atau Naqshabandi. Selepas zaman Soviet, berlaku kebangkitan Islam di Chechnya dengan ratusan masjid dikira setakat kini, dan disertai puluhan madrasah serta sebuah universiti Islam, Kunta-haji serta sebuah pusat perubatan Islam di Grozny.[13] Sebuah komuniti kecil Kristian juga menetap di sini, dengan beberapa gereja gereja Ortodoks Rusia juga wujud dalam Chechnya, dan gereja-gereja yang musnah dalam peperangan mula dibina semula sejak kebelakangan ini.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ Федеральная служба государственной статистики (2004-05-21). "Территория, число районов, населённых пунктов и сельских администраций по субъектам Российской Федерации". Всероссийская перепись населения 2002 года (dalam bahasa Rusia). Perkhidmatan Statistik Negara Persekutuan. Dicapai pada 2011-11-01.
  2. ^ "Чеченская Республика". Ensiklopedia Agung Rusia (dalam bahasa Rusia). 2017. m/s. 540–547. ISBN 978-5-85270-372-9.CS1 maint: date and year (link)
  3. ^ "КС решит судьбу границы между Чечней и Ингушетией". Право.ru (dalam bahasa Rusia). 27 November 2018. Dicapai pada 27 Februari 2022.
  4. ^ Russian Federal State Statistics Service (2011). Всероссийская перепись населения 2010 года. Том 1 [2010 All-Russian Population Census, vol. 1]. Всероссийская перепись населения 2010 года [2010 All-Russia Population Census] (dalam bahasa Russian). Federal State Statistics Service.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Russian Federal State Statistics Service (21 May 2004). Численность населения России, субъектов Российской Федерации в составе федеральных округов, районов, городских поселений, сельских населённых пунктов – районных центров и сельских населённых пунктов с населением 3 тысячи и более человек [Population of Russia, Its Federal Districts, Federal Subjects, Districts, Urban Localities, Rural Localities—Administrative Centers, and Rural Localities with Population of Over 3,000] (XLS). Всероссийская перепись населения 2002 года [All-Russia Population Census of 2002] (dalam bahasa Russian).CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Liz Fuller (3 November 2010). "Preliminary Chechen Census Findings Unveiled". Radio Free Europe/Radio Liberty. Dicapai pada 12 March 2011.
  7. ^ Dzutsev, Valery (2010). "2010 Census Data is Adjusted to Meet Kremlin Priorities in the North Caucasus". 7 (207). Dicapai pada 12 March 2011. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  8. ^ Ishkhanyan, Vahan. "The case for Chechnya". Diarkibkan daripada yang asal pada January 7, 2009. Dicapai pada 2008-05-12.
  9. ^ В Чечне наблюдается высокая степень религиозной нетерпимости [High degree of religious intolerance observed in Chechnya]. Caucasus Times poll (dalam bahasa Rusia). Caucasus Times. 16 May 2010. Dicapai pada 10 April 2017.
  10. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada October 11, 2017. Dicapai pada January 23, 2011.CS1 maint: archived copy as title (link)
  11. ^ Mairbek Vatchagaev (September 8, 2006). "The Kremlin's War on Islamic Education in the North Caucasus". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-11. Chechnya Weekly, Volume 7, Issue 34 (September 8, 2006)
  12. ^ McDermott, Roger. "Shafi'i and Hanafi schools of jurisprudence in Cechnya". Jamestown.org. Dicapai pada 2013-04-19.
  13. ^ Nazgul A. Mingisheva and Yesbossyn M. Smagulov, "Chechnya" in Mark Juergensmeyer and Wade Clark Roof, Encyclopedia of Global Religion, Volume 1, SAGE, 2012, p. 193
  14. ^ "Рамзан Кадыров финансировал паломничество делегации православной молодежи из Чеченской Республики" (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-01. Dicapai pada 2010-09-30. Unknown parameter |deadlink= ignored (|url-status= suggested) (bantuan)

Pautan luar sunting