Chermin

Filem seram Malaysia 2007 arahan Zarina Abdullah

Chermin ialah sebuah filem seram Malaysia yang mula ditayangkan pada 22 Mac, 2007 arahan Zarina Abdullah. Dibintangi Deanna Yusoff, Natasha Hudson, Khatijah Tan dan Farid Kamil.

Chermin
PengarahZarina Abdullah
PenulisZarina Abdullah
Dihasilkan olehUmmi Khaltoum Abdullah (eksekutif)
Dibintangi
Disunting olehZarina Abdullah
Muzik olehAdeline Wong
Syarikat
penerbitan
Starry Eye Productions
Tarikh tayangan
  • 22 Mac 2007 (2007-03-22) (Malaysia)
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1 juta

Ringkasan sunting

Templat:Spoiler Chermin adalah kisah seram yang mendebarkan mengenai seorang perempuan yang rohnya terperangkap dengan dendam dalam sebuah cermin antik. Plot cerita ini bertumpu kepada Nasrin yang mengalami kecacatan pada mukanya akibat kemalangan jalan raya yang penuh misteri. Nasrin mendapati dirinya begitu tertarik kepada sebuah cermin antik warisan keluarga yang ditemui oleh ibunya. Akhirnya, Nasrin menjadi obses dengan cermin tersebut sehingga mengagumi roh cermin itu dalam usahanya mengembalikan kecantikan wajahnya. Harga yang harus dia bayar ialah memuaskan tuntutan cermin tersebut yang menuntut darah dan dendam. Apakah dia sanggup mengorbankan cinta demi keangkuhannya? Adakah dia mampu melihat ke dalam dirinya dan melihat kecantikan dalamannya? Atau apakah yang tercermin di hatinya adalah bayangan cermin itu?

Pelakon sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting