Chiam See Tong (Bahasa Cina: 詹时中; pinyin: Zhān Shízhōng; lahir pada 12 Mac 1935) mewakili Kawasan Undi Perseorangan Potong Pasir di Parlimen Singapura. Beliau merupakan pemimpin Parti Demokratik Singapura sebelum disingkirkan kerana cuba mencela Dr Chee Soon Juan. Kini beliau merupakan pemimpin Parti Rakyat Singapura dan juga pemimpin de facto Perikatan Demokratik Singapura.

Chiam See Tong

Dalam Pilihan Raya Umum 2001, Chiam memenangi kawasan pilihan raya Potong Pasir SMC buat kali yang kelima. Seterusnya, dalam Pilihan Raya Umum 2006, beliau memenangi 55.82% jumlah undi untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Potong Pasir SMC buat penggal yang keenam. Dengan kemenangan itu, Chiam juga menjadi ahli parlimen pembangkang yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Singapura. Dalam pilihan raya tersebut, beliau sekali lagi menewaskan Sitoh Yih Pin, calon People's Action Party (PAP, Parti Tindakan Rakyat) dengan memperoleh 8,245 undi, berbanding dengan 6,527 undi yang diperoleh oleh Sitoh.Kemenangan Chiam itu tidak disangka oleh ramai orang kerana parti PAP telah menawarkan pakej peningkatan perumahan sebanyak S$80 juta kepada penduduk Potong Pasir, dengan Menteri Kanan Goh Chok Tong juga turut berkempen untuk mendapatkan undi.

Pendidikan sunting

Kerjaya sunting

  • 1974 hingga 1976: Philip Wong & Co (Advocates & Solicitors)
  • 1976: Advocate & Solicitor, Chiam & Co
  • 2002: (Advocates & Solicitors) (Bersara)