Chicken Run adalah filem animasi gerak henti United Kingdom tahun 2000 yang dibuat studio Aardman Animations sebagai produksi bersama DreamWorks Animation dan Pathé. Ia filem cetera pertama studio ini arahan dan nukilan bersama Peter Lord dan Nick Park berdasarkan lakon layar karangan Karey Kirkpatrick.[5]

Chicken Run
Poster filem di UK
PengarahPeter Lord
Nick Park
PenulisPeter Lord
Nick Park
Karey Kirkpatrick
Dihasilkan olehNick Park
Peter Lord
David Sproxton
DibintangiMel Gibson
Julia Sawalha
Miranda Richardson
Benjamin Whitrow
Timothy Spall
Phil Daniels
Jane Horrocks
Anthony Haygarth
Disunting olehMark Solomon
Muzik olehHarry Gregson-William
John Powell
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPathé (Eropah)[2]
DreamWorks (Antarabangsa, luar Eropah)[2]
Tarikh tayangan
23 Jun 2000 (2000-06-23)
(AS)
Jun 30, 2000
(UK)
Masa tayangan
84 minit[4]
Negara
  • United Kingdom[1]
  • Amerika Syarikat[1]
Bahasabahasa Inggeris
Bajet$45,000,000[4]
Pecah panggung$224,834,564[4]

Filem ini filem animasi gerak pegun paling laris sepanjang zaman dengan kutipan panggung sebanyak USD224 juta.[6]

Jalan cerita sunting

Di sebuah ladang terletak di Yorkshire, England pada tahun 1959, filem ini berkisarkan sekumpulan ayam yang cuba melarikan diri apabila pemilik mereka memutuskan untuk berpindah dari menjual telur kepada menjual pai ayam.

Barisan pelakon suara sunting

  • Julia Sawalha sebagai Ginger, seekor ayam yang bijak dan tajam akal berbanding rakan serebannya.
  • Jane Horrocks sebagai Babs, ayam paling gempal dan agak lurus perwatakannya.
  • Imelda Staunton sebagai Bunty, ayam yang paling banyak bertelur dan agak sangsi dengan rancangan Ginger.
  • Lynn Ferguson sebagai Mac, pembantu dan kawan Ginger berbaka Scotland yang bijak.
  • Benjamin Whitrow sebagai Fowler, ayam jantan tua yang sering membebel mengenai pengalamannya sebagai maskot Royal Air Force.
  • Timothy Spall sebagai Nick, seekor tikus yang bekerjasama dengan Ginger menyeludup barangan untuk meloloskan diri.
  • Phil Daniels sebagai Fetcher, rakan sekerja Nick.
  • Mel Gibson sebagai Rocky, seekor ayam jantan baka Amerika Syarikat yang melarikan diri dari sarkas cuba melatih ayam-ayam ladang terbang melarikan diri.
  • Miranda Richardson sebagai Mrs. Tweedy, pemilik ladang ayam telur yang tamak dan mahu menjadikan ladangnya kilang pai apabila pungutan telur semakin lama semakin tidak memuaskan.
  • Tony Haygarth sebagai Mr. Tweedy, suami Mrs. Tweedy yang agak bodoh dan sering diherdik namun agak tajam pemerhatian.

Sekuel sunting

Chicken Run: Dawn of the Nugget ialah akan datang gerak henti animasi komedi filem

Pada Januari 2022, tajuk untuk sekuel itu telah didedahkan sebagai Chicken Run: Dawn of the Nugget dan diumumkan untuk keluaran 2023 pada Netflix.

DreamWorks Animation tidak mempunyai penglibatan kerana menamatkan perkongsian mereka dengan Aardman selepas dikeluarkan Flushed Away pada tahun 2006.

Keluaran Netflix mengikuti tayangan perdana dunianya di BFI London Film Festival ke-67 pada 14 Oktober 2023, yang juga akan menyaksikan tayangan pratonton berlangsung di pawagam UK pada masa yang sama.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Chicken Run (2000)". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Mac 2017. Dicapai pada 4 Mei 2016.
  2. ^ a b c "Chicken Run (2000)". AFI Catalog of Feature Films. Dicapai pada 16 August 2018.
  3. ^ "Chicken Run (2000) - Financial Information". The Numbers. Dicapai pada 6 October 2019.
  4. ^ a b c "Chicken Run". Box Office Mojo. IMDb. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2012. Dicapai pada 4 Mei 2016.
  5. ^ McCarthy, Todd (12 June 2000). "Review: 'Chicken Run'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 October 2015. Dicapai pada 1 October 2015.
  6. ^ "The Longer View: British animation". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2015. Dicapai pada 9 October 2015.
  7. ^ "Chicken Run: Dawn of the Nugget untuk menerima tayangan perdana dunia di Festival Filem London BFI ke-67". BFI. 23 Ogos 2023. Dicapai pada 26 Ogos 2023.

Pautan luar sunting