Chiquita Brands International

Chiquita Brands International Inc. ialah satu syarikat pengeluar dan pengedar pisang dan hasil keluaran pertanian lain yang berpusat di Amerika Syarikat. Syarikat ini mengendalikan beberapa nama jenama subsidiari, termasuk jenama kemegahan Chiquita dan salad Fresh Express. Chiquita ialah pengedar utama pisang di Amerika Syarikat. Ibu pejabat Chiquita kini terletak di Charlotte, Carolina Utara.[1]

Chiquita Brands International Inc.
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiNYSE: CQB
ISINUS1700328099 Sunting ini di Wikidata
IndustriPertanian
Ditubuhkan1863
Ibu pejabatCharlotte, Carolina Utara, A.S.
Tokoh pentingEdward F. Lonergan, Presiden dan CEO
KeluaranKeluaran pertanian
Hasil$3.07 bilion USD (2012)
Pendapatan bersih$405 juta USD (2012)
PemilikSafra Group, Cutrale Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan20,000
Syarikat indukCutrale
Safra Group Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatChiquita Brands International (United States) Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.chiquita.com
Facebook: Chiquita10elode Twitter: chiquita Instagram: chiquitabanana Youtube: UC_WJEFyQyG-_iaEMaAXOB7Q Pinterest: chiquitabrands Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Chiquita ialah pengganti United Fruit Company. Sebelum ini ia dikawal oleh ahli perniagaan Cincinnati Carl Lindner, Jr., sehinggalah Chiquita Brands International keluar daripada kemuflisan Bab 11 prapakej pada 19 Mac 2002. Pada 2003, syarikat ini mengambil alih syarikat pengedar keluaran Jerman Atlanta AG. Salad Fresh Express dibeli daripada Performance Food Group pada 2005. Pada 10 Mac 2014, Chiquita Brands International Inc. dan Fyffes plc mengumumkan yang Lempaga Pengarah kedua-dua syarikat sebulat suara meluluskan persetujuan muktamad yang akan menyaksikan Chiquita bergabung dengan Fyffes, melalui urus niaga saham-bagi-saham. Dijangka pemegang saham Chiquita akan memiliki kira-kira 50.7% saham ChiquitaFyffes, dan pemegang saham Fyffes memiliki baki 49.3% ChiquitaFyffes, menurut asas kecairan penuh. Penggabungan ini akan mewujudkan penghasil pisang terbesar di dunia.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Portillo, Ely (2011-11-30). "Chiquita relocating headquarters to Charlotte". The Charlotte Observer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-30. Dicapai pada 30 November 2012.
  2. ^ "Chiquita Brands International, Inc. And Fyffes Plc To Combine To Create Leading Global Produce Company". Chiquita Brands International, Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-08. Dicapai pada 10 Mac 2014.

Pautan luar sunting