Chobits (Jepun: ちょびっツ, Hepburn: Chobittsu) ialah siri manga dan anime Jepun hasil karya Clamp. Tidak seperti kebanyakan hasil karya Clamp yang lain, Chobits ialah siri seinen, khususnya genre teman wanita sihir. Siri manganya mengambil tempat di persekitaran yang sama seperti dalam siri Angelic Layer dan jalan ceritanya berlaku beberapa tahun selepas Angelic Layer.

Chobits
Kulit jilid pertama manga Chobits (edisi Bahasa Inggeris).
GenreKomedi , romantik, fiksyen sains[1], Ecchi
Manga
PengarangClamp
PenerbitJepun Kodansha
Penerbit LainKanada Amerika Syarikat United Kingdom Tokyopop

Brazil Editora JBC
Perancis Quebec Pika Éditions
Itali Star Comics
Korea Selatan Daiwon CI
Sweden Bonnier Carlsen
Sepanyol Norma Editorial
Mexico Editorial Vid
Poland J.P.Fantastica

Jerman EMA
Anime
PengarahMorio Asaka
StudioMadhouse
Penyiaran AsalAnimax, TBS, BS-I
Penyiaran LainKorea Selatan Anione
Malaysia Animax
Amerika Syarikat Anime Network
Poland Hyper
Dikeluarkan pada2 April 200224 September 2002
Specials
  • Episod 9
  • Episod 18
  • Episod 27 (OVA)
Portal Anime dan Manga

Chobits diterbitkan dalam 88 episod manga yang disiarkan dalam majalah Young Magazine terbitan Kodansha serta dihimpunkan dalam 8 jilid. Versi Bahasa Inggeris pula diterbitkan oleh Tokyopop. Versi animenya pula disiarkan sebanyak 24 episod dengan tambahan 3 episod "recap", menjadikan keseluruhan jumlah episod sebanyak 27 episod.

Jalan cerita sunting

Templat:Spoiler Jalan cerita Chobits tertumpu kepada kisah hidup Motosuwa Hideki, seorang pelajar mengulang yang belajar di sekolah ulangan Seki di Tokyo untuk menduduki semula peperiksaan kemasukan universiti. Selain ingin mendapat seorang teman wanita, dia juga ingin memiliki sebuah persocom (komputer peribadi berupa seperti manusia) tetapi tidak mampu memilikinya disebabkan harganya yang sangat mahal.

Semasa Hideki pulang ke rumah pada suatu malam, dia terjumpa sebuah persocom berupa seakan gadis cantik terbaring di sebalik longgokan sampah. Pada mulanya dia menyangka ada berlaku pembunuhan, tetapi setelah menyedari bahawa gadis tersebut sebenarnya ialah persocom, dia terus membawanya pulang. Sungguhpun persocom itu berjaya dihidupkan, tetapi dia hanya tahu menyebut "chi", maka Hideki menamakan persocom itu sebagai Chii. Walaupun secara zahirnya tiada program komputer yang dipasang padanya, rakan-rakan Hideki membuat kesimpulan bahawa Chii masih ada program pembelajaran terpasang padanya, melihat daripada kelakuannya.

Kebanyakan bahagian jalan cerita memaparkan kesungguhan Hideki untuk mengajar Chii perkataan baru, konsep serta kelakuan baik sewaktu masa lapang antara waktu ke sekolah dengan waktu bekerja. Dalam masa yang sama, secara perlahan-lahan Chii seakan mula menaruh perasaan terhadap Hideki - berbeza dengan kebanyakan persocom - dan Hideki pula terpaksa bergelut dengan perasaan terhadap Chii. Siri ini banyak membongkar sifat semulajadi persocom, interaksi manusia terhadap mereka, serta sifat cinta. Beberapa watak manusia serta persocom mereka diperkenalkan; ada yang menyayangi persocom, ada yang menganggap persocom sebagai alat sahaja, dan tidak kurang pula ada yang membenci mereka.

Dalam bahagian selanjutnya, watak-watak utama mula mengenal pasti sejarah silam misteri Chii. Chii mula cenderung membaca siri buku cerita bergambar Bandar Tidak Berpenghuni (Jepun: だれもいない町, Hepburn: Daremo inai machi) , yang seolah-olah mula membangkitkan sesuati di dalam dirinya. Siri buku tersebut mendorong Chii untuk mencari "insan yang hanya untukku", istilah bagi merujuk kepada orang yang dicintai. Semasa penghujung cerita, Chii bersama-sama dengan Hideki mengetahui identiti sebenar Chii, termasuklah apa yang tersirat di dalamnya.

Watak utama sunting

Templat:Spoiler

 
Hideki Motosuwa
  • Motosuwa Hideki - Seorang pelajar mengulang yang belajar di sekolah ulangan Seki untuk mengambil semula peperiksaan kemasukan universiti. Dia bekerja secara sambilan di kedai makan Yorokonde untuk menampung kehidupannya di Tokyo. Seorang yang buta IT, belum mempunyai teman wanita serta sering bercakap seorang diri, namun dia seorang yang baik hati dan suka menolong rakan-rakannya. Asalnya tidak mampu membeli persocom, tetapi kemudiannya menjadi pemilik Chii setelah dia menjumpainya di sebalik longgokan sampah.
 
Chii
  • Chii - Persocom yang dijumpai Hideki di sebalik longgokan sampah. Hideki menamakannya Chii kerana pada mulanya dia hanya tahu menyebut "chi" sahaja. Di sebalik perwatakannya yang keanak-anakan, dia sebenarnya ialah persocom berkuasa tinggi dan dikhabarkan sebagai salah satu daripada dua persocom yang dikenali sebagai Chobits. Secara perlahan-lahan, dia mula jatuh cinta pada Hideki. Nama asalnya ialah Elda, dan pemilik asalnya ialah penciptanya sendiri iaitu Hibiya Chitose dan suaminya Mihara Ichiro (yang juga salah satu watak utama dalam Angelic Layer).
 
Shinbo Hiromu dengan Sumomo
  • Shinbo Hiromu - Sahabat baik serta rakan sekelas Hideki. Di dalam siri anime, dia juga ialah jiran Hideki. Dia jatuh cinta dengan gurunya, Shimizu Takako, kemudiannya berkahwin lari dengannya setelah mengetahui kisah sedih gurunya itu. Shinbo memiliki sebuah persocom bimbit bernama Sumomo, yang kemudiannya diberikan kepada Hideki.
 
Chitose Hibiya
  • Hibiya Chitose - Tuan rumah kepada Hideki yang sangat pemurah dan baik hati. Dia banyak memberikan baju terpakai kepada Chii. Dia juga ialah penulis kepada siri buku Bandar Tidak Berpenghuni (Jepun: だれもいない町, Hepburn: Daremo inai machi), dan dia juga sebenarnya adalah salah seorang pencipta persocom. Persocom Chobits (Freya dan Elda) dicipta oleh suaminya Mihara Ichiro (yang meninggal dunia sebelum siri Chobits bermula) kerana masalah untuk mendapatkan zuriat.
 
Minoru Kokubunji
  • Kokubunji Minoru - Seorang budak pintar yang kaya serta berpengetahuan luas tentang persocom. Dia banyak membantu Hideki mengenai teknologi maklumat serta menyalurkan maklumat mengenai kemungkinan Chii ialah salah satu persocom Chobits. Dia mempunyai persocom buatannya sendiri bernama Yuzuki yang dibina bagi menyerupai mendiang kakaknya, Kaede (salah satu watak dalam Angelic Layer), di samping 4 lagi persocom buatannya yang menjadi orang gaji di dalam rumahnya. Dia juga dikenali sebagai "M" di alam siber.
 
Freya
  • Freya - Salah satu daripada 2 persocom Chobits yang dibina oleh Ichiro Mihara dan Chitose Hibiya, berasaskan teknologi Angelic Layer. Kakak kembar kepada Elda, dibina lebih dahulu sebelum adik kembarnya itu. Ayahnya membina Elda apabila melihat Freya sering sahaja kelihatan muram tanpa diketahui sebabnya. Freya kembali ceria, tetapi menjadi muram semula apabila bersendirian. Rupa-rupanya Freya amat mencintai ayahnya, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu mengganggu hubungan kedua ibu bapanya, menyebabkan tekanan emosi yang amat kuat sehingga membebankan dan seterusnya merosakkan ingatan dan unit pemprosesan pusatnya. Ibu bapanya bertungkus-lumus untuk memperbaikinya tetapi gagal. Sebelum Freya menemui ajalnya, Elda menawarkan untuk memindahkan keseluruhan kandungan ingatan Freya di dalam tubuhnya, menyebabkan Elda hilang semua ingatannya apabila dia bangkit semula - maka Elda kini dikenali dengan identiti barunya sebagai Chii. Sekarang, Freya di dalam hati Chii sering sahaja memberi dorongan kepada Chii untuk mencari "insan yang hanya untukku".
 
Takako Shimizu
  • Shimizu Takako - Guru kelas ulangan yang dihadiri Shinbo dan Hideki. Dia mempunyai kisah silam yang menyedihkan setelah diabaikan oleh suaminya yang gilakan persocom, maka Shinbo jatuh cinta kepadanya dan berkahwin lari dengannya.
 
Yumi Omura
  • Oomura Yumi - Seorang gadis yang merupakan rakan sekerja Hideki di kedai makan Yorokonde. Di dalam anime, dia ialah anak kepada pengurus kedai makan tersebut, tetapi di dalam manga pula dia cumalah seorang pekerja biasa. Dia pernah bercinta dengan pemilik kedai kek Chirol iaitu Ueda Hiroyasu, tetapi berpisah setelah mengetahui Ueda pernah berkahwin dengan persocom yang secara kebetulannya memiliki nama yang sama dengannya; lantas dia mula hilang keyakinan diri dan menganggap persocom adalah serba boleh berbanding manusia.
 
Hiroyasu Ueda dengan Yumiisteri dan persocomnya.
  • Ueda Hiroyasu - Pengurus kedai kek Chirol di mana Chii bekerja. Di dalam manga, Hideki pernah bekerja dengannya tetapi berhenti kerana terpaksa menghadiri kelas. Dia juga turut mempunyai kisah silam yang sedih, iaitu mengenai perkahwinannya dengan persocom kepunyaannya bernama Yumi (jangan terkeliru dengan Oomura Yumi) yang berakhir dengan tragedi nahas jalan raya yang mengorbankannya. Oomura Yumi pernah bekerja dengannya selepas peristiwa tersebut serta jatuh cinta padanya, tetapi kemudian berpisah setelah mengetahui mengenai kisah silam Ueda. Hubungan mereka kemudian diselamatkan oleh Hideki dan Chii.
 
Yoshiyuki Kojima
  • Kojima Yoshiyuki - Seorang lagi watak yang pakar dalam bidang teknologi maklumat. Dia bertanggungjawab menculik Chii atas alasan untuk mengkaji kemungkinan Chii ialah persocom Chobits. Dia mempunyai lebih 20 persocom yang digunakan dalam kajiannya serta sebuah persocom bimbit bernama Kotoko. Setelah Chii diselamatkan oleh Hideki dan Shinbo, Yoshiyuki membantu Minoru mengkaji asal-usul Chii berbekalkan maklumat yang diperolehinya. Dia juga dikenali sebagai "Dragonfly" di alam siber.
 
Zima
  • Zima - Persocom yang berfungsi sebagai pangkalan data kerajaan, dihantar bersama-sama Dita oleh kerajaan bagi menghalang Chii daripada mengaktifkan "program istimewa" yang bakal menyebabkan semua persocom hilang keupayaan pengecaman. Dia sering melengah-lengahkan apabila Dita mahu mencari dan menangkap Chii.
 
Dita
  • Dita - Persocom dinding api fizikal yang dihantar oleh kerajaan bagi melindungi Zima. Dia sering bersikap panas baran dan hilang sabar. Apabila Zima bertanyakan adakah Dita mencintainya, Dita menafikan, tetapi dalam masa yang sama mukanya menjadi merah padam.

Tema sunting

Di sebalik tema komedi dan ecchi, siri Chobits berkisar kepada beberapa dualiti bagi isu -isu yang dipaparkan, seperti hubungan antara manusia dan persocom. Disebabkan persocom boleh diprogramkan untuk meniru kelakuan manusia yang disukai, ada manusia yang memilih untuk mengadakan hubungan dengan persocom, menyebabkan beberapa masalah seperti ketidakupayaan untuk memperoleh zuriat.

Siri tersebut juga turut menyentuh isu-isu serta pendapat mengenai kesucian manusia, dan hubungan seks yang tidak mampu dilakukan oleh Chii. Siri ini juga turut memberi petunjuk mengenai sebab mengapa suis utama Chii ditempatkan di celah kelengkangnya, berserta dengan "keupayaan istimewanya" yang diberikan ayahnya selepas kematian Freya - ayahnya berharap agar Chii disayangi tanpa sebarang tekanan seksual. Konsep percintaan pula banyak disentuh dalam siri buku Bandar Tidak Berpenghuni; menyentuh mengenai isu pencarian dan penantian seseorang yang disifatkan sebagai "jodoh". Kisah di dalam buku tersebut benar-benar selari dengan kisah Freya (kakak kembar Chii) yang jatuh cinta dengan ayahnya sendiri (penciptanya), dan digunakan sebagai "panduan" kepada Chii untuk mencari "insan yang hanya untukku".

Etimologi sunting

Istilah "Chobits" digunakan kerana ayah mereka, Mihara Ichiro, menggunakan perkataan "chobi" untuk merujuk kepada sesuatu yang kecil dan comel.[2] Perkataan "Chobits" juga ialah anagram kepada "Hibiya Chitose" serta kata laluan yang digunakan pada Elda, Freya, Sumomo dan kemudian Chii. Ejaan Jepun bagi tajuk siri tersebut ialah campuran huruf hiragana ちょびっ Chobi[t] dan katakanatsu. Kata laluan Sumomo pula menggunakan gabungan huruf katakana チ Ch[i] dan hiragana ょびっつ [y]obittsu. Dalam manga versi Bahasa Inggeris, kata laluan Sumomo dieja sebagai "Chobits", dengan huruf C besar. Penggunaan gabungan huruf sebagai memenuhi syarat bagi menetapkan kata laluan persocom.

Perkataan persocom (パソコン, pasokon) dalam Bahasa Jepun ialah kependekan daripada komputer peribadi (パーソナルコンピュータ, pāsonaru konpyūta). Di Jepun, istilah pasokon merujuk kepada semua komputer peribadi sebagaimana kependekan PC dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Dalam siri Chobits, istilah tersebut digunakan pada semua komputer humanoid memandangkan semua komputer dalam persekitaran Chobits dibina menyerupai manusia. Istilah persocom digunakan dan bukannya istilah "robot" kerana penciptanya, Mihara Ichiro tidak mahu terikat dengan Tiga Hukum Robotik.

Rujukan sunting

  1. ^ IMDB - Genres anime, komedi, drama, percintaan, fiksyen sains
  2. ^ Ichiro Mihara: "Chobi" means "little"... Two Chobi become "Chobits." It's a word I made up, since the password system won't take actual words. "Chobi" spelled in hiragana, with the last sound in katakana. Chitose Hibiya: Your daddy told me that anything he thinks is small and hopelessly adorable is "Chobi" to him. That's why you two are his "Chobits." Another thing... My Ichiro told me that the word "Chobits"... ... is special to him... ...because it's made up of the letters in my name - Chitose Hibiya. And that's why they're my children.Clamp (2003) [2001]. "Chapter 87". Dalam Jake Forbes (penyunting). Chobits volume 8 (dalam bahasa English). Tokyopop. m/s. pages 113-116. ISBN 1-59182-409-5. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting