Christchurch adalah sebuah bandar yang terletak di pesisir timur Pulau Selatan di New Zealand dan merupakan bandar terbesar di pulau itu. Ia juga merupakan kawsan urban kedua terbesar di New Zealand selepas Auckland.

Bandar ini memperoleh namanya dari kolese katedral Christ Church di Universiti Oxford. Namanya dalam bahasa Maori adalah Otautahi. Nama Christchurch telah diilhamkan oleh John Robert Godley daripada Pertubuhan Canterbury dan dipersetujui pada mesyuarat pertama pertubuhan berkenaan pada 27 Mac 1848. Christchurch terletak pada 43°32' LS, 172°40' BT (-43.5333, 172.667).[1]

Pada tahun 2004, jumlah penduduknya seramai kira-kira 363 700 orang. Namun pada Jun 2010, jumlah populasi penduduk bandar raya ini telah berkembang dengan kira-kira 376,700 orang. Kini bandar raya Christchurch diurus tadbir oleh Majlis Bandaraya Christchurch.

Awalnya, nama bandar raya ini ditulis sebagai Christ Church, namun direkodkan sebagai Christchurch pada minit pengurusan jawatakuasa Pertubuhan Canterbury. Bandar raya ini digazetkan sebagai bandar raya oleh Piagam Diraja pada 31 Julai 1856, lantas menjadikannya sebagai bandar raya tertua di New Zealand.

Bandaraya Christchurch amat terkenal sebagai bandar raya yang membekalkan kualiti air minuman yang bersih, dan amat jernih serta tulen yang terbaik di dunia. Air minuman yang dibekalkan adalah amat bersih, disalur menggunakan saluran paip awam amat sesuai untuk tujuan minuman dan kegunaan domestik. Sumber air yang diperolehi juga datangnya dari air sungai dari kaki bukit Pergunungan Alps selatan. Uniknya sistem bekalan air di Christchurch ini tidak dirawat, airnya hanya ditapis secara semulajadi. Terdapat lebih 50 stesen pengepam yang mengepam air tulen bersih ini ke seluruh bandar raya.

Industri sunting

Industri pertanian adalah industri utama dan pemangkin kepada sumber pendapatan ekonomi utama penduduk bandar raya. PCG Wrightson merupakan peneraju utama bidang pertanian New Zealand juga berpusat di Christchurch. Organisasi pertanian itu juga turut mempunyai ladang tenusu di Uruguay.

Contoh pertanian perniagaan yang dijalankan di bandar raya ini adalah tanaman gandum, biji benih pertanian, pakaian, pemprosesan daging dan operasi bioteknologi berskala kecil.

Kini Jabatan Sains Komputer dan Sekolah Kejuruteraan Universiti Canterbury memainkan peranan penting dalam aktiviti membekalkan tenaga kerja dan kepakaran penyelidikan untuk industri teknologi di Christchurch.

Institut Teknologi Politeknik Christchurch pula menyediakan sumber pakar juruteknik dan jurutera terlatih. Universiti Lincoln pula bertanggungjawab untuk menyediakan pakar dan bantuan pengajaran dalam bidang berasaskan pertanian untuk perniagaan.

Lokasi menarik sunting

 
Jeti sampan di Sungai Avon

Selain itu, New Zealand dan Christchurch sendiri cukup terkenal akan aktiviti pelancongan alam semulajadinya yang cukup indah dan mengagumkan, Lokasi pelancongan di Christchurch seperti Taman Ulat, Taman Hidupan Liar Willowbank, Kapal Black Cat dan Pusat Antartik Antarabangsa adalah lokasi yang wajib dilawati apabila pelancong tiba di Christchurch.

Sungai Avon yang merentangi bandar Christchurch juga merupakan destinasi yang menarik untuk disusuri dengan menaiki sampan.

Nota kaki sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-08-12. Dicapai pada 2008-11-16.

Pautan luar sunting

 
Gambar satelit yang menunjukkan bandar Christchurch dan kawasan sekitarnya.

Organisasi rasmi sunting

Maklumat dan kebudayaan sunting

Peta dan pelancongan sunting