Chūō Shinkansen (中央新幹線) merupakan sebuah aliran dalam pembinaan kereta api Maglev bagi menghubungkan antara Tokyo, Nagoya dan Osaka di Jepun. Ianya dibina bagi tujuan menghubungkan Bandaraya Tokyo serta Nagoya dalam masa 40 minit manakala daripada Tokyo dan Osaka mengambil masa dalam 1 jam. Pembinaan Chūō Shinkansen merupakan kemuncak daripada pembinaan kereta api maglev sejak tahun 1970 lagi, yang dimulakan oleh syarikat Japan Airlines dan JNR (kini JR Central) dengan bantuan kewangan daripada pihak kerajaan. Pada masa kini, Chūō Shinkansen beroperasi dibawah syarikat Pusat Kereta api Jepun. Perkhidamatan kereta api yang disediakan oleh pihak syarikat sememangnya sangat popular di Jepun yang dikenali sebagai Kenderaan Bermotor Lurus (リニアモーターカー rinia mōtā kā), walaupun secara teknikalnya terdapat dalam pelbagai variasi.

Chuo Shinkansen
Ujian kereta api maglev siri L0 di Laluan Percubaan Yamanashi
Umum
Nama asal中央新幹線
JenisMaglev
StatusDalam pembinaan
TerminalShinagawa
Shin-Osaka
Stesen9
Operasi
Dirancang dibuka2026 (Shinagawa-Nagoya)
PengendaliJR Central
Stok kereta apiSiri L0
Teknikal
Kelajuan operasi505 km/j

Pada April 2007, Presiden syarikat Pusat Kereta api Jepun Masayuki Matsumoto telah menyatakan bahawa syarikat kereta api tersebut telah mensasarkan akan memulakan perkhidmatan kereta api maglev secara komersial antara Tokyo dan Nagoya pada tahun 2025.[1] Pada 25 Disember 2007, syarikat Pusat Kereta api Jepun telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan pembinaan laluan kereta api dari Tokyo ke Nagoya yang dianggarkan menelan belanja sehingga 5.1 trilion yen (RM 193 bilion) dan dijadualkan akan siap pada tahun 2025.[2]

Laluan Percubaan Yamanashi sunting

Laluan ini merupakan laluan percubaan yang dibina di Wilayah Miyazaki bagi tujuan kajian dan pembangunan untuk kerata api maglev sekitar tahun 1970. Selepas beberapa kejayaan dalam percubaan, laluan percubaan sepanjang 18 kilometer telah dibina diantara Otsuki dan Tsuru di Wilayah Yamanashi dengan sedikit kelainan seperti terowong, jambatan serta jalan curam. Beberapa kereta api maglev ini telah diuji ketahanannya diatas laluan percubaan dalam masa yang sama mereka juga sedang mengurangkan perbelanjaan bagi pembinaan kereta api maglev tersebut. Tambahan pula, kereta api ini dikatakan mampu beroperasi pada kelajuan lebih daripada 500 km/j menjadikan Chūō Shinkansen sebagai kereta api terpantas didunia. Bagi penduduk wilayah Yamanashi dan pegawai kerajaan, mereka layak untuk menaiki kereta api tersebut secara percuma dan dikatakan lebih daripada 200,000 orang telah mengambil bahagian.

Pemilihan laluan sunting

Cadangan pemilihan jalan bagi Chūō Shinkansen dikatakan sama seperti laluan Kereta api Chūō antara Tokyo dan Nagoya dan laluan Kereta api Kansai diantara Nagoya dan Osaka ke kawasan yang kurang penduduk, tapi laluan Tōkaidō yang sesak menjadi pilihan serta menyediakan laluan alternatif kepada Tōkaidō Shinkansen yang terhalang jika berlaku kemusnahan akibat daripada gempa bumi. Syarikat Pusat Kereta api Jepun ini kadang kala memanggil laluan ini sebagai laluan lencongan Tōkaidō.

Pada bulan Julai 2008, syarikat Pusat Kereta api Jepun telah mengumumkan bahawa Chūō Shinkansen kemungkinan besar akan bermula di Stesen Kereta api Shinagawa di Toyko.

Sebuah laporan daripada syarikat Pusat Kereta api Jepun mengenai Chūō Shinkansen menyatakan bahawa kereta api tersebut telah mendapat kebenaran daripada seorang ahli panel badan Parti Demokratik Liberal Jepun pada bulan Oktober 2008, yang telah mengesahkan tentang cadangan laluan bagi kereta api maglev tersebut. Berdasarkan daripada rencana akhbar Jepun, syarikat Pusat Kereta api Jepun menyokong sepenuhnya dalam jalan yang akan digunakan iaitu secara terus dimana secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembinaan laluan kereta api berbanding dengan 2 kertas kerja yang lain yang seperti yang diusulkan oleh Wilayah Nagano. Bagi kedua-dua pelan yang dikemukan dikatakan laluan kereta api yang dikemukan sedikit panjang naik kearah utara antara stesen kereta api Kōfu dan Nakatsugawa bagi menyediakan perkhidmatan kereta api di sekitar Nagano. Pada bulan Jun 2009, syarikat Pusat Kereta api Jepun juga telah mengumumkan keputusan kajian tentang perbandingan antara ketiga-tiga jalan yang akan digunakan, dan jelas terbukti bahawa laluan kereta api yang paling menjimatkan serta cepat adalah laluan yang terpendek iaitu Pelan C, dimana laluan tersebut melalui terowong panjang dibawah kawasan pergunungan Jepun (Gunung Akaishi).

Penjelasan mengenai tiga jalan yang akan digunakan antara Tokyo (Stesen Kereta api Shinagawa) - Nagoya

Nama Pelan Perjalanan antara
Kofu - Nakatsugawa
Jarak Kos Pembinaan laluan Masa yang diambil bagi
kereta api laju
Pelan A melalui Lorong Kiso 334 km 5.63 trilion JPY (RM 213 bilion) 46 minit
Pelan B melalui Lorong Ina (Chino, Ina, Iida) 346 km 5.74 trilion JPY (RM 217 bilion) 47 minit
Pelan C dibawah kawasan pegunungan Jepun dan Bandar Iida 286 km 5.10 trilion JPY (RM 193 bilion) 40 minit


Kos perbelanjaan sunting

Pada bulan Disember 2007, syarikat Pusat Kereta api Jepun telah mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk meningkatkan sumber kewangan bagi pembinaan laluan kereta api Chūō Shinkansen dengan sendiri, tanpa bantuan kewangan daripada pihak kerajaan. Jumlah keseluruhan perbelanjaan dianggarkan mencecah sehingga 5.1 trilion yen (RM 193 bilion). Pihak syarikat menyatakan bahawa mereka akan mengenakan beberapa cukai yang mungkin akan menghasilkan keuntungan dalam 70 bilion yen (RM 2.52 bilion) pada tahun 2026, apabila kos pengoperasian berada dalam keadaan stabil. Tujuan utama projek tersebut menelan belanja yang tinggi adalah disebabkan oleh pihak syarikat bercadang membina laluan terowong di kawasan pergunungan Jepun (Gunung Akaishi) yang dikatakan hampir 60% daripada laluan keretapi maglev tersebut adalah dikawasan pergunungan, serta dibina 40 meter dibawah permukaan bumi (bawah tanah) sepanjang 100 kilometer antara kawasan Tokyo, Nagoya dan Osaka.

Teknikal sunting

Pada 2 Disember 2003, kereta api MLX-01 telah berjaya memecah rekod dunia apabila membawa pada kelajuan 581 km/j yang dikendalikan oleh manusia. Kereta api tersebut juga dikatakan telah merekodkan catatan antara 2 kereta api yang dipandu dengan melepasi antara satu sama lain dengan jumlah kelajuan pada 1,026 km/j. Perkataan “lurus” disini merujuk kepada penggunaan kenderaan bermotor lurus disebabkan oleh daya tolakan yang dihasilkan bagi menggerakan kereta api tersebut.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "'25 Tokyo-Nagoya maglev debut eyed'". The Japan Times accessdate = 2009-04-27. 2007-04-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-27. Dicapai pada 2009-12-04. Missing pipe in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ Philip Brasor (2009-07-26). "Japan's maglev on track for financial crash". The Japan Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-29. Dicapai pada 2009-10-30.