Colin Kolles (nama lahir: Călin Colesnic[1], lahir 13 Disember 1967 di Timisoara, Romania[2]) ialah bekas ketua pasukan dan bekas pengarah urusan Hispania Racing F1 Team, yang sebelum ini memegang jawatan yang sama untuk pasukan Jordan, Midland, Spyker dan Force India dari tahun 2005 hingga 2008. Beliau tinggal di Ingolstadt, Jerman.[2]

Colin Kolles
Kolles pada tahun 2009
Kelahiran (1967-12-13) 13 Disember 1967 (umur 56)
Timişoara, Romania
WarganegaraJerman

Kolles mempunyai kelayakan sebagai doktor gigi, yang merupakan perniagaan keluarganya. Pada tahun 2000, beliau memasuki sukan pemotoran dengan menubuhkan pasukan Kolles Racing dalam Kejuaraan German Formula Three, dan selepas itu, pasukan TME Racing Team dalam Formula Three Euroseries. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan pasukan Jordan Grand Prix oleh pemilik baru, Alex Shnaider, pada 19 Januari 2005.[3]

Walaupun beliau mengurus sebuah pasukan Formula Satu, Kolles masih lagi dipanggil untuk kepakaran pergigiannya. Sebelum Grand Prix Turki 2005, beliau membuat pembedahan gigi ke atas pemandu, Tiago Monteiro, yang mengalami sakit gigi yang teruk.[4] Beliau juga melakukan pembedahan yang sama untuk seorang lagi pemandu Midland, Christijan Albers, di Grand Prix Perancis 2006.

Pada bulan Februari 2010, Kolles telah dilantik sebagai ketua pasukan untuk Hispania Racing, yang membuat kemunculan sulung mereka pada tahun 2010. Beliau menggantikan pengasas pasukan tersebut, Adrián Campos.[5] Beliau meninggalkan jawatan tersebut pada bulan Disember 2011.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-02. Dicapai pada 2012-08-11.
  2. ^ a b "Jose Ramon Carabante mengambil alih Campos F1". motorsport.com. Motorsport.com, Inc. 2010-02-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-22. Dicapai pada 2010-02-20.
  3. ^ "Laman sesawang Midland Group". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-09-06. Dicapai pada 2021-08-18.
  4. ^ ""Jordan mengatasi masalah gigi"".[pautan mati kekal]
  5. ^ http://www.autosport.com/news/report.php/id/81606
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-05. Dicapai pada 2012-08-11.

Pautan luar sunting