Cuti bersalin ialah sejenis faedah pekerja yang memberikan cuti bergaji untuk pekerja (lazimnya wanita) bersalin dan membesarkan anak. Tempoh minimum seringkali ditetapkan melalui undang-undang. Di sesetengah tempat, cuti bersalin boleh dikongsi oleh suami isteri.

Malaysia sunting

Cuti bersalin minimum selama 60 hari diberi kepada pekerja wanita yang telah berkahwin mengikut Perintah Am 25 dan 26, dan 54 Bab ‘C’ dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998. Terhad kepada 5 anak sahaja. Bersalin anak ke-6 dan seterusnya tidaklah dapat cuti bersalin. Tarikh cuti bersalin mulai hari anak dilahirkan. Kuatkuasa mulai 1 Mei 1998.[1]

Pekerja lelaki turut boleh mendapat cuti berkaitan mengikut budi bicara majikan namun lazimnya terhad kepada 7 hari.

Pada 21 Disember 2022, Menteri Sumber Manusia, Tuan V Sivakumar mengumumkan penguatkuasaan pindaan akta kerja 1955 yang sebelum ini ditangguhkan, akan tetap diteruskan mulai 1 Januari 2023. Beliau berkata, pihaknya harus meneruskan penguatkuasaan akta terbabit kerana undang-undang itu sudah diluluskan oleh Parlimen. Beliau turut mengumumkan cuti bersalin 98 hari, kerja 45 jam seminggu mulai 1 Januari tahun depan. Tiada tangguh lagi.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting