D

huruf keempat abjad Rumi

Huruf D ialah huruf Rumi yang keempat. Huruf ini disebut di dalam Latin (IPA: [diː]).

D
D
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

Sejarah sunting

Hieroglif Mesir "pintu" D Proto-Semitik D Phoenicia D Etruscan Delta Greek
O31
        

Huruf Semitik Dâlet barangkalinya berkembang dari logogram yang bermaksud ikan atau pintu.[1] Terdapat pelbagai hieroglif Mesir yang mungkin mengilhamkannya. Dalam bahasa Semitik, Yunani Purba,[2] dan Latin,[3] huruf ini mewakili konsonan /d/; dalam huruf Etruscan pula huruf ini seolah-olah tidak diperlukan, tetapi masih dikekalkan (lihat huruf B).[4] huruf Yunani: Δ (besar) atau δ (kecil) (Delta).[2]

Bentuk huruf kecil bagi "d", yang terdiri daripada satu gelung dan satu tangkai menegak yang tinggi, berkembang daripada perubahan secara beransur-ansur pada bentuk huruf besar D. Dalam penulisan zaman dahulu adalah satu kelaziman untuk memulakan lengkung pada kiri tangkai menegak, lalu menghasilkan satu serif pada atas lengkung itu. Serif ini disambung manakala bahagian lain huruf ini dikecutkan, lalu menghasilkan satu tangkai berbucu dan lengkungan. Tangkai berbucu ini kemudiannya tberubah menjadi tangkai menegak.[5]

Penggunaan sunting

Dalam kebanyakan bahasa yang memakai abjad Latin, huruf d melambangkan bunyi /d/, tetapi dalam abjad Vietnam pula bunyinya /z/ di utara dan /j/ (seperti "y" dalam "ya") di selatan. Di akhir perkataan Jerman pula, huruf d berbunyi /t/. Dalam bahasa Fiji, huruf ini melambangkan hentian prasengau /nd/. Dalam sesetengah bahasa yang mana hentian tak bersuara tanpa hemnbusan melawan tak bersuara hentian berhembusan, d melambangkan /t/ tanpa hembusan, sementara t pula berbunyi /tʰ/ berhembusan. Contoh-contoh bahasa berkenaan termasuk bahasa Iceland, bahasa Gaelik Scot, bahasa Navajo, dan transliterasi pinyin untuk bahasa Mandarin.

Kod-kod pengkomputeran sunting

Titik kod Huruf besar
D
Huruf kecil
d
Unikod U+0044 U+0064
ASCII Perpuluhan 68 100
Perduaan 01000100 01100100
EBCDIC 196 132

Rujukan sunting

  1. ^ "The letter D". issuu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-29. Dicapai pada 2021-07-06.
  2. ^ a b "Definition of DELTA". www.merriam-webster.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-05-03.
  3. ^ "Latin Alphabet" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2010-12-26.
  4. ^ Rex Wallace (2008) 𐌆𐌉𐌙 𐌓𐌀𐌔𐌍𐌀 𐌀 Zikh Rasna: A Manual of the Etruscan Language and Inscriptions
  5. ^ "Introduction to Old English". lrc.la.utexas.edu. Dicapai pada 2022-05-03.

Pautan luar sunting

  •   Takrifan kamus D di Wikikamus
  •   Takrifan kamus d di Wikikamus
Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz