Daerah Kuala Terengganu

Kuala Terengganu merupakan salah satu daerah yang terletak di tengah negeri Terengganu, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Kuala Terengganu, yang merupakan ibu negeri Terengganu. Daerah ini berkeluasan 210 kilometer persegi menjadikannya sebagai daerah terkecil dan terpadat di Terengganu.

Daerah Kuala Terengganu
كوالا ترڠڬانو
Lokasi Daerah Kuala Terengganu di Terengganu
Lokasi Daerah Kuala Terengganu di Terengganu
Map
Daerah Kuala Terengganu is located in Bumi
Daerah Kuala Terengganu
Daerah Kuala Terengganu (Bumi)
Koordinat: 5°20′N 103°10′E / 5.333°N 103.167°E / 5.333; 103.167Koordinat: 5°20′N 103°10′E / 5.333°N 103.167°E / 5.333; 103.167
Negara Malaysia
Negeri Terengganu
PusatKuala Terengganu
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Kuala Terengganu
Kerajaan
 • Pegawai daerahAzmi Razik
Keluasan
 • Jumlah210.21 km2 (81.16 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah229,781
 • Kepadatan1,100/km2 (2,800/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
21xxx
Kod panggilan+6-09-6
Awalan plat kenderaanT

Sejarah sunting

Daerah Kuala Terengganu telah wujud sejak sebelum kedatangan British lagi dengan pentadbirannya diterajui Pembesar Daerah yang dilantik Sultan. Ketika pemerintahan Sultan Omar, sistem pentadbiran telah dipinda dengan melantik penghulu sebagai pentadbir daerah. Ketika pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, British mula masuk ke dalam sistem pentadbiran negeri lalu menukar jawatan pentadbir daerah kepada pegawai daerah. Pada tahun 1955, orang Melayu telah dilantik buat kali pertama sebagai pegawai daerah Kuala Terengganu, yang sebelum ini dijawat oleh pegawai British.[3]

Pentadbiran sunting

Daerah Kuala Terengganu ditadbir Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Daerah Kuala Terengganu juga dibahagikan kepada 20 buah mukim;

 
Peta daerah Kuala Terengganu

Geografi sunting

Daerah Kuala Terengganu bersempadan dengan;

Purata ketinggian daratan daerah Kuala Terengganu ialah 9 meter di atas aras laut manakala ketinggian tertinggi mencecah 320 meter.[4]

Demografi sunting

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Kuala Terengganu ialah seramai 229,781 orang dengan kepadatan penduduk 1,093 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah Kuala Terengganu berbangsa Melayu, seramai 217,395 orang.[5][6]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[5]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 217,395
Bumiputera lain 440
Cina 7,202
India 538
Lain-lain 319
Bukan warganegara - 3,887
Jumlah 229,781

Agama sunting

Di daerah Kuala Terengganu, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 96 peratus diikuti agama Buddha sebanyak tiga peratus. Agama Kristian, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[6]

Kemudahan sunting

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Kuala Terengganu. Terdapat sebanyak 76 buah sekolah di daerah ini;[7]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 51
Sekolah Jenis Kebangsaan 1
Sek. Keb. Pendidikan Khas 1
Sekolah Menengah Kebangsaan 17
Sekolah Menengah Agama 4
Sek. Men. Kebangsaan Agama 1
Sekolah Berasrama Penuh 1

Daerah Kuala Terengganu juga mempunyai 12 buah balai polis, dua balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan sunting

  1. ^ Administrator. "Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus". pdtknerus.terengganu.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-20. Dicapai pada 2017-12-25.
  2. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  3. ^ "Sejarah Daerah Kuala Terengganu". pdtkt.terengganu.gov.my. 18 April 2012. Dicapai pada 21 Disember 2023.
  4. ^ "Kuala Terengganu topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-21.
  5. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  6. ^ a b "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  7. ^ "Sekolah di PPD Kuala Terengganu-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar sunting