Daerah Raisen ialah salah satu daerah di negeri Madhya Pradesh di India. Daerah itu ialah sebahagian Divisi Bhopal. Daerah Raisen mempunyai 1,120,159 penduduk yang terdiri daripada 595,730 orang lelaki dan 524,429 orang perempuan.[1] Bandar Raisen ialah pusat daerah.

Raisen daerah
रायसेन जिला
Lokasi daerah Raisen di Madhya Pradesh
NegeriMadhya Pradesh,  India
Bahagian PentadbiranBhopal
PusatRaisen
Keluasan8,395 km2 (3,241 bt2)
Jumlah penduduk1,120,159 (2001)
Kawasan Pilihan Raya Lok SabhaHoshangabad
Laman rasmi

Nama "Raisen" berasal daripada kubu yang amat besar di kawasan ini. Kubu itu dibina di atas sebuah bukit batu pasir, dengan bandar Raisen ditempatkan di kaki bukit. Bagaimanapun, nama "Raisen" mungkin juga merupakan penyelewengan perkataan "Rajavasini" atau "Rajasayan, tempat kediaman diraja.

Geografi sunting

Daerah Raisen terletak di antara latitud 22 47' dan 23 33' utara serta longitud 7721' dan 78 49' timur. Ia dikelilingi oleh:

Luasnya Daerah Raisen 8,395 kilometer persegi (3,241 batu persegi).[1]

Daerah Raisen mempunyai tujuh (7) tehsil – Raisen, Goharganj, Begamganj, Gairatganj, Silwani, Bareli, dan Udaipura.[1]

Sejarah sunting

Daerah Raisen wujud pada 5 Mei 1950.[1] Pada suatu ketika, ia merupakan sebahagian negeri berdaulat Bhopal.[2]

Tugu-tugu agama Buddha di Sanchi yang merupakan tapak warisan dunia UNESCO terletak di daerah Raisen.[3] Satu lagi tapak warisan dunia UNESCO, iaitu pelindung batuan Bhimbetka, juga terletak di daerah ini. [4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Raisen". Raisen district administration. Dicapai pada 2010-08-14.
  2. ^ "Raisen". Encyclopaedia Brittanica. Dicapai pada 2010-08-14.
  3. ^ "An Historical and Artistic Description of Sanchi (1918)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-10. Dicapai pada 2010-08-14.
  4. ^ "Rock Shelters of bhimbhetka". UNESCO. Dicapai pada 2010-08-14.