Daerah lampu merah

Daerah lampu merah merupakan sebahagian daripada sesebuah kawasan perbandaran di mana tertumpunya aktiviti pelacuran serta perniagaan berasaskan seks termasuklah kelab bogel, rumah urut, dsb. Istilah tersebut berasal daripada lampu merah yang digunakan untuk menandakan sesebuah rumah lacur.[1]

Daerah lampu merah De Wallen di Amsterdam, Belanda.

Daerah lampu merah yang dikatakan paling terkenal ialah De Wallen di Amsterdam, Belanda. Di Malaysia, kawasan yang sering dikaitkan sebagai daerah lampu merah ialah kawasan Chow Kit di Kuala Lumpur, terutamanya berhampiran Lorong Haji Taib. Negara yang paling banyak dikaitkan dengan daerah lampu merah serta aktiviti pelacuran ialah Belanda dan Thailand, tetapi terdapat banyak lagi bandar raya utama lain di seluruh dunia yang memperoleh reputasi antarabangsa sebagai daerah lampu merah, walaupun selalunya tanpa pengiktirafan rasmi.[2]

Asal-usul istilah sunting

 
Soi Cowboy, Thailand

Secara tradisional, lampu merah digunakan pada papan tanda rumah lacur. Menurut Kamus Bahasa Inggeris Oxford, penggunaan istilah "red light district" (daerah lampu merah) terawal dalam media cetak ialah dalam rencana tahun 1894 dari akhbar The Sandusky Register, sebuah akhbar di Sandusky, Ohio.[1] Terdapat juga cerita dongeng yang mengatakan kononnya pekerja landasan kereta api terawal membawa bersama tanglung berwarna merah semasa mereka mengunjugi rumah lacur supaya kru mereka boleh menemui mereka semasa kecemasan. Namun, pakar cerita rakyat Barbara Mikkelson dari snopes.com menyatakan bahawa cerita dongeng tersebut tidak berasas sama sekali.[3]

Salah satu istilah yang digunakan bagi merujuk kepada daerah lampu merah dalam Bahasa Jepun ialah akasen (Jepun: 赤線), dengan makna harfiah "garisan merah." (jangan terkeliru dengan istilah sama dalam bidang automotif). Pihak polis Jepun melakar garisan merah pada peta untuk menandakan daerah lampu merah yang sah di sisi undang-undang Jepun. Dalam Bahasa Jepun, istilah aosen (Jepun: 青線), secara harfiahnya bermaksud "garisan biru," menandakan daerah lampu merah haram.

Isu perundangan sunting

Kebanyakan bandar raya utama bersaiz sederhana dan besar di seluruh dunia mempunyai daerah lampu merah tersendiri, walaupun terdapat perbezaan dari segi status sama ada aktiviti seks di kawasan tersebut sah di sisi undang-undang atau tidak, darjah "keterbukaan", pandangan awam serta penguatkuasaan di kawasan daerah lampu merah di seluruh dunia.

Sesetengah daerah lampu merah seperti di De Wallen, Belanda ataupun Reeperbahn, Jerman merupakan kawasan yang telah diwartakan secara rasmi sebagai kawasan aktiviti seks yang sah serta terkawal.[2]

Di Malaysia, sebarang aktiviti seks luar nikah termasuklah aktiviti pelacuran adalah diharamkan, dan kerajaan sama sekali tidak pernah mengiktiraf mana-mana daerah lampu merah yang wujud di Malaysia. Kesannya, daerah lampu merah di Malaysia merupakan kawasan paling kerap diserbu oleh pihak polis untuk membanteras aktiviti tidak bermoral yang sering dikaitkan dengan daerah lampu merah.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Red light (2.)". Oxford English Dictionary. 2010. Dicapai pada October 6, 2010. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameters: |coauthors= dan |trans_title= (bantuan)
  2. ^ a b http://whatyoushouldknowaboutamsterdam.wordpress.com/2009/08/27/history-of-the-red-light-district/
  3. ^ Barbara Mikkelson (July 9, 2007). "Red Light District". snopes.com. Dicapai pada October 3, 2010.