Daimyo (Jepun: 大名, Hepburn: daimyō) (Mengenai audio inidaimyō ) ialah pemerintah feudal yang paling berpengaruh dalam sejarah Jepun dari kurun ke-10 hingga kurun ke-19. Istilah "daimyo" secara harfiah bererti "nama besar." Dari shugo zaman Muromachi melalui zaman perang saudara hingga zaman Edo, pangkat tersebut mempunyai sejarah yang panjang dan berbeza-beza. Istilah "daimyo" juga kadang kala merujuk pada tokoh-tokoh terkemuka bagi keluarga-keluarga sebegitu, juga dipanggil "pembesar". Dari ketua-ketua perang inilah, seorang shogun selalunya, walaupun tidak semestinya, muncul atau seorang pemangku raja dipilih.

Shimazu Nariakira, daimyo Wilayah Satsuma, muncul dalam gambar foto daguerreotype ini oleh Ichiki Shirō

Daimyo biasanya memakai pakaian berwarna ungu, berjulat dari gelap hingga terang bergantung pada setinggi mana pangkat mereka. Warna ungu gelap dan terang mendahului warna hijau gelap dan terang, warna merah gelap dan terang, dan akhir sekali warna hitam. Daimyo tertinggi dianggap menjadi bangsawan.

Shugo daimyo sunting

Shugo daimyo (Jepun: 守護大名, Hepburn: shugo daimyō) ialah kumpulan pertama yang memegang gelaran "daimyo". Mereka muncul dari kalangan shugo semasa Zaman Muromachi. Shugo daimyo tidak sahaja memegang kuasa ketenteraan dan polis, malah juga kuasa ekonomi dalam sesebuah wilayah. Mereka mengumpulkan kuasa-kuasa ini sepanjang kurun-kurun pertama zaman Muromachi.

 
Daimyo Matsudaira Katamori bertandang ke kediaman salah seorang pengikutnya. Boneka pakaian di dalam bangunan di Aizuwakamatsu

Kebanyakan shugo daimyo datang daripada keluarga-keluarga seperti Shiba, Hatakeyama dan Hosokawa. Juga, keluarga-keluarga tozama seperti Yamana, Ōuchi dan Akamatsu. Daimyo terhebat memerintah wilayah berganda.

Keshogunan Ashikaga meminta shugo daimyo agar menetap di Kyoto, jadi mereka melantik kaum kerabat atau pengikut yang dipanggil shugodai, untuk mewakili mereka di wilayah induk mereka. Akhirnya sesetengah wakil ini pula datang menetap di Kyoto sambil melantik pemangku-pemangku di wilayah-wilayah tersebut.

Perang Ōnin adalah satu pemberontakan utama yang shugo daimyo saling berperang sesama sendiri. Semasa tempoh ini dan perang-perang lain, kuni ikki, atau pemberontakan wilayah, berlaku kerana para pahlawan tempatan yang berpengaruh mahukan kemerdekaan daripada shugo daimyo. Para pemangku shugo daimyo yang tinggal di wilayah-wilayah itu merebut peluang untuk memperkuatkan kedudukan mereka. Pada penghujung kurun ke-15, shugo daimyo yang berjaya kekal berkuasa. Mereka yang gagal mengawal pemangku mereka kehilangan kuasa dan digantikan oleh kelas baru, "sengoku daimyo" yang muncul dari pangkat-pangkat shugodai dan kokujin.

Sengoku daimyo sunting

Di kalangan sengoku daimyo (Jepun: 戦国大名, Hepburn: sengoku daimyō) terdapat ramai yang pernah menjadi shugo daimyo seperti keluarga-keluarga Satake, Imagawa, Takeda, Toki, Rokkaku, Ōuchi, dan Shimazu. Yang baru dalam pangkat daimyo ialah Asakura, Amago, Nagao, Miyoshi, Chōsokabe, Jimbō, Hatano, Oda, dan Matsunaga. Mereka ini datang daripada pangkat shugodai dan para pemangku mereka. Sengoku daimyo tambahan seperti Mōri, Tamura, dan Ryūzōji muncul dari kalangan kokujin. Pegawai-pegawai berpangkat rendah dalam keshogunan dan ronin (Hōjō terkemudian, Saitō), pegawai-pegawai wilayah (Kitabatake), dan kuge (Tosa Ichijō) juga membawa kepada kebangkitan sengoku daimyo.[perlu rujukan]

Daimyo pada Zaman Edo sunting

Selepas Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600 yang menandakan permulaan zaman Edo, shogun Tokugawa Ieyasu menyusun atur semula kira-kira 200 orang daimyo dan wilayah-wilayah mereka ke dalam han, dan menaksir semua itu berdasarkan penghasilan beras mereka. Daimyo ialah mereka yang mengetuai han yang bernilai 10,000 koku (50,000 busyel) atau lebih. Ieyashu juga mengkelaskan daimyo berdasarkan serapat mana mereka dengan keluarga Tokugawa yang sedang memerintah: shinpan yang mempunyai hubungan darah dengan keluarga Tokugawa; fudai yang pernah menjadi vasal bagi keluarga Tokugawa atau sekutu semasa pertempuran Sekigahara; dan tozama yang tidak pernah bersekutu dengan keluarga Tokugawa sebelum pertempuran tersebut (tidak semestinya menentang Tokugawa).

Selepas Pemulihan Meiji sunting

Pada tahun 1869, tahun selepas Pemulihan Meiji, para daimyō, bersama dengan kuge, membentuk bangsawan baru yang bergelar kazoku. Pada tahun 1871, han telah dimansuhkan dan wilayah ditubuhkan lantas menamatkan zaman daimyō di Jepun.[1] Ekoran daripada perubahan ini, ramai daimyō kekal berkuasa atas tanah mereka, dilantik sebagai gabenor wilayah; walau bagaimanapun, mereka nanti melepaskan tugas ini dan memanggil beramai-ramai ke Tokyo, thereby memotong sebarang tapak kuasa bebas dari sana berpotensi memberontak. Sungguhpun begitu, ahli-ahli bekas keluarga daimyō kekal penting dalam kerajaan dan masyarakat, dan dalam beberapa kes masih terus kekal penting pada masa ini. Contohnya, Morihiro Hosokawa, bekas perdana menteri, berketurunan daimyō Kumamoto, namun kes ini amatlah kurang sekarang.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Frédéric, Louis; Roth, Käthe (2002), Japan Encyclopedia, Harvard University Press Reference Library, Belknap, m/s. 141–142, ISBN 9780674017535

Pautan luar sunting