Dalai Lama (bahasa Tibet: ཏཱ་ལའི་བླ་མ་Wylie: Tā la'i bla ma Templat:IPA-bo) merupakan pemimpin rohani dalam agama Buddha Tibet. Penganut Buddha Tibet mempercayai bahawa Dalai Lama ialah inkarnasi (kelahiran semula) Avalokiteśvara, seorang bodhisattva zaman silam. Dari abad ke-17 hinga 1959, Dalai Lama merupakan ketua kerajaan Tibet. Dalai Lama terkini, Dalai Lama ke-14, Tenzin Gyatso, dibuang negeri pada 1959 berikutan pencerobohan China terhadap Tibet. Beliau kini mengetuai kerajaan buangan di Dharamsala, India.

Dalai Lama
  • ཏཱ་ལའི་བླ་མ་
  • Tā la'i bla ma
GelaranHis Holiness (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
KediamanMcLeod Ganj, Dharamshala, India
Dibentuk1391
Pemegang pertamaGendün Drubpa, Dalai Lama Pertama, 1578 (anumerta).
Tapak webdalailama.com
Instagram: dalailama Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejak zaman Dalai Lama ke-5 pada abad ke-17, keperibadian beliau sentiasa menjadi simbol penyatuan negeri Tibet, di mana beliau telah mewakili nilai dan tradisi Buddha.[1] Dalai Lama ialah tokoh penting dalam tradisi Geluk yang dominan dari segi politik di Tibet Tengah, tetapi kuasa agamanya melampaui sempadan mazhab. Walaupun beliau tidak mempunyai peranan formal atau institusi dalam mana-mana aliran agama, yang diketuai oleh Lama atasan mereka, beliau menjadi simbol penyatuan negara Tibet yang mewakili nilai dan tradisi Buddha di atas mana-mana aliran mazhab tertentu.[2] Fungsi tradisional Dalai Lama sebagai tokoh antara mazhab yang menyatukan aliran agama dan wilayah yang berbeza kini dipegang oleh Dalai Lama ke-14. Beliau telah berusaha untuk mengatasi perpecahan mazhab dan lain-lain dalam komuniti buangan dan telah menjadi simbol kenegaraan Tibet bagi warganya di Tibet serta yang dalam buangan.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Woodhead, Linda (2016). Religions in the Modern World. Abingdon: Routledge. m/s. 94. ISBN 978-0-415-85881-6.
  2. ^ Religions in the Modern World: Traditions and Transformations. Taylor and Francis. Kindle locations 2519–2522.
  3. ^ Cantwell and Kawanami (2016). Religions in the Modern World. Routledge. m/s. 94. ISBN 978-0-415-85880-9.