Daphne Iking (lahir Maria Daphne Eleanor Mozes Iking; 6 Julai 1978) ialah seorang peragawati, pengacara, dan pelakon wanita Malaysia, berasal dari Keningau, Sabah. Beliau juga pernah mengacarakan program The Breakfast Show di ntv7. Beliau pernah memenangi Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2003 mewakili Lembah Klang dan bergelar juara Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2003.

Daphne Iking
Kelahiran
Maria Daphne Eleanor Mozes Iking

(1978-07-06) 6 Julai 1978 (umur 45)
Nama lainDahlia Eleanor Iking[2]
Pusat pendidikanUniversiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
PekerjaanPeragawati, pengacara, pelakon
Tahun aktif2003-kini
Terkenal keranaThe Breakfast Show, Explorace, Ringgit Sense
Pasangan
  • Ryan Chong (2007-2009)
  • Azmi Abdul Rahman (2010-kini)
Anak-anakIsobel Daniella Iking-Chong
Laman web rasmiwww.daphneeleanoriking.com

Kerjaya sunting

 
Ketika membintangi filem Belukar bersama Bront Palarae.

Daphne pernah memikirkan untuk menceburi kerjaya dalam bidang perubatan namun hasrat itu ditinggalkan kerana takutkan darah.[4] Daphne yang memegang Ijazah Sarjana dalam Komunikasi (2004) dan Ijazah Sarjana Muda dalam Penyiaran (Filem, TV dan Radio, 2001), kedua-duanya dari Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang, Iking memasuiki persada televisyen melalui kemunculan dalam iklan Pond's pada tahun 2001. Pada tahun 2003, beliau mendaftar dirinya untuk meraih jawatan sebagai wartawan di TV3. Tidak lama kemudian, beliau berjaya menempah tempat sebagai hos Ringgit Sense di rangkaian tersebut.

Pada tahun 2004, Daphne muncul sebagai hos Explorace selama dua tahun. Selepas itu, sepanjang tahun 2005 beliau mengacara PNB World Investment Challenge (TV3), Vector Challenge (8TV), May/Antabax Health & Beauty Capsules (TV3) dan Explorace Kids (TV3). Beliau juga menjadi wartawan bagi the Brand dan Majalah Tiga di TV3.

Pada tahun 2006, beliau mula menjadi pelakon menerusi siri KL Lights. Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam My Australian Adventure yang bertemakan travelog. Kemudian pada tahun itu, beliau berpindah ke ntv7 lalu mengacarakan The Breakfast Show di saluran itu. Beliau juga muncul sebagai juri jemputan dalam What Women Want di 8TV.

Daphne pernah mengacarakan kira-kira 30 acara luaran yang bersiaran dan tidak bersiaran di televisyen sejak tahun 2004, termasuklah Explorace Street Party di Bangsar (2004), Pertemuan Alumni USM (2005) dan Guess Model Search (2006).

Daphne pernah muncul dalam pelbagai iklan cetak dan televisyen, termasuklah bagi Pond's pada tahun 2001, Kenny Rogers Roasters (2005), dan Volvo S80 (2006). Selain itu, Daphne menampilkan dirinya dalam pelbagai majalah, seperti KLUE, Eve & Adam, Ezyhealth dan FHM. Pada tahun 2006, beliau diundi dalam kedudukan ke-14 di FHM Malaysia's Sexiest, pencapaian terbaik beliau sejak muncul dalam undian tersebut tiga tahun berturut-turut.

Kehidupan peribadi sunting

Daphne berkahwin dengan Ryan Chong pada 27 Januari 2007,[5] dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Isobel Daniella Iking-Chong pada Disember 2007.[6] Bagaimanapun, pada tahun 2009, Iking berpisah dari Ryan Chong, kerana timbulnya perselisihan dengan CEO Adidas Malaysia, Darren Choy Khin Ming. Chong memanggil Choy ke mahkamah mengikut Kanun Keseksaan 498 iaitu "memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah."[7]

Daphne telah bernikah dengan seorang usahawan Melayu, Azmi Abdul Rahman melalui majlis pernikahan secara tertutup, sambil memeluk agama Islam.[8][9]

Filemografi sunting

Televisyen
  • Explorace
  • KL Lights
  • My Australian Adventure
  • The Breakfast Show
  • What Women Want
Filem

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2010 Festival Filem Malaysia ke-23 Pelakon Harapan Wanita Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Ding Jo-Ann (June 3, 2010). "Proud to be Sabahan". The Nut Graph. www.thenutgraph.com. Dicapai pada 2010-10-14.
  2. ^ "Sah, Daphne Iking Sudah Peluk Islam & Berkahwin!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-22. Dicapai pada 17 Februari 2014.
  3. ^ Shuhaidah Saharani (24 September 2009). "1 Malaysia, 1 Raya". Malay Mail. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-28. Dicapai pada 15 Oktober 2010.
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-23. Dicapai pada 2007-06-12.
  5. ^ "DaphneIking.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 December 2014. Dicapai pada 16 September 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ http://freyja6.blogspot.com/
  7. ^ "Accused of 'enticing' Iking". The Star. 21 Ogos 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-17. Dicapai pada 22 Mac 2010.
  8. ^ Daphne Iking weds again and embraces Islam, DailyChilli.com, 25 Februari 2011. Dicapai pada 25 Februari 2011.
  9. ^ "Archives". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2012. Dicapai pada 16 September 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting