Dassault Super Mystère

Dassault Super Mystère merupakan sebuah pesawat pejuang-pengebom buatan Perancis. Ia merupakan pesawat supersonik pertama buatan Eropah Barat yang dikeluarkan secara besar-besaran.

Super Mystère
Peranan Pejuang-pengebom
Pengeluar Dassault Aviation
Penerbangan sulung 2 Mac 1955
Dihentikan 1977 (Tentera Udara Perancis)
Status Not Active
Pengguna utama Tentera Udara Perancis
Tentera Udara Israel
Angkatan Tentera Honduras
Dikeluarkan 1957-????
Jumlah dibina 180

Pembangunan sunting

Super Mystère mewakili langkah terakhir dalam evolusi yang mana telah bermula dengan pembangunan Dassault Ouragan dan berkembang melalui Mystère II/III dan Mystère IV. Meskipun versi terdahulu pesawat Mystère boleh mencapai kelajuan supersonik hanya semasa menjunam, Super Mystère boleh melepasi kelajuan bunyi semasa dalam penerbangan separas. Pencapaian ini disebabkan oleh penggunaan sayap baru yang nipis dengan sudut sapu 45° (dibandingkan dengan 41° sudut sapu pada pesawat Mystère IV dan 33° pada Mystère II) dan juga penggunaan enjin turbin jet yang dilengkapkan dengan pembakaran lanjut.

Prototaip pertama Super Mystère B.1, yang dijanakuasa oleh enjin Rolls-Royce Avon RA.7R, telah membuat penerbangan sulung pada 2 Mac, 1955. Pesawat ini memecahkan kelajuan bunyi dalam penerbangan separas pada hari berikutnya. Pesawat ini mula dikeluarkan pada 1957 dengan nama Super Mystère B.2. Versi pengeluaran adalah berbeza daripada prototaip dengan memiliki enjin SNECMA Atar 101G yang lebih berkuasa. Pada 1958, dua buah prototaip Super Mystère B.4 telah dibina. Pesawat ini telah dipasang dengan sayap sapu baru bersudut 48° dan enjin SNECMA Atar 9B yang lebih berkuasa. Pesawat ini mampu mencapai kelajuan Mach 1.4. Pengeluaran pesawat ini tidak dapat dibuat kerana pesawat Dassault Mirage III yang lebih laju mula memasuki perkhidmatan. Pada 1973, Tentera Udara Israel telah menaik taraf pesawat Super Mystère B.2 mereka dengan enjin Pratt & Whitney J52-P8A tanpa pembakar lanjut dan avionik terbaru.

Sejumlah 180 buah pesawat Super Mystère B.2 telah dibina.

Sejarah operasi sunting

Super Mystère berkhidmat dengan Tentera Udara Perancis sehingga tahun 1977. Selain itu, 36 buah pesawat telah dijual kepada Tentera Udara Israel pada tahun 1958. Pesawat ini telah digunakan semasa Perang Enam Hari pada 1967 dan Perang Yom Kippur pada 1973. Pesawat ini amat disukai oleh para juruterbang Israel dan setanding dengan pesawat Mikoyan MiG-19 negara-negara Arab dalam pertempuran di udara.

Pada 1975, Israel telah menjual 12 buah pesawat lengkap dan 6 set alat-alat ganti kepada Honduras. Pesawat ini telah terlibat dalam beberapa pertempuran kecil di sempadan dengan Nicaragua. Pesawat ini akhirnya telah ditamatkan perkhidmatan pada tahun 1996. Walaubagaimanapun, 11 buah pesawat yang terselamat telah digunakan semula dalam perkhidmatan pada tahun 1998 bagi menentang penyeludup dadah yang memasuki ruang udara Honduras secara haram.

Pengguna sunting

  Perancis
  Honduras
  Israel

Spesifikasi (Super Mystère B.2) sunting

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 14.0 m (45 kaki 11 in)
  • Rentang sayap: 10.1 m (33 kaki 2 in)
  • Tinggi: 4.6 m (15 kaki 1 in)
  • Sayap luas: 32.0 m² (344 kaki²)
  • Berat kosong: 6,390 kg (14,090 Ib)
  • Berat berisi: 9,000 kg (20,000 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 10,000 kg (22,000 lb)
  • Muatan minyak: 2,000 kg (4,400 lb)
  • Loji kuasa:SNECMA Atar 101G-2 turbin jet
    • Tujahan kering: 33.3 kN (7,490 lbf)
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 44.1 kN (9,920 lbf)

Prestasi

Persenjataan

  • Meriam: 2× meriam DEFA 552 berkaliber 30 mm dengan 150 butir peluru setiap satu
  • Roket: 2× pod roket Matra dengan 18× roket SNEB 68 mm setiap satu
  • Peluru berpandu:peluru berpandu udara ke udara Rafael Shafrir; 2× AS-30L
  • Bom: 2,680 kg (5,000 lb) beban muatan pada empat tenggekan luar, termasuk pelbagai jenis bom, pod pengawasan atau tangki jatuhan

Lihat juga sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan sunting

  • Donald, David (1996). Encyclopedia of world military aircraft. AIRtime Publishing. ISBN 1-880-58824-2. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  • Kopenhagen, W. (editor) (1987). Das große Flugzeug-Typenbuch. Transpress. ISBN 3-344-00162-0.CS1 maint: extra text: authors list (link) (Written in German)