Dekri Milan atau Perintah Milan (Edict of Milan) adalah sepucuk surat yang mengisytiharkan toleransi agama dalam Empayar Rom. Surat ini dikeluarkan pada tahun 313 sejurus selepas penamatan Penyeksaan Diocletian. Walaupun adalah benar bahawa Constantine I dan Licinius telah berbincang mengenai polisi agama apabila mereka bertemu di Milan dalam bulan Februari tahun 313, teks yang disebut sebagai Dekri Milan itu adalah sebenarnya sepucuk surat kepada Gabenor Bithynia, yang merupakan salah satu sejumlah surat yang dikeluarkan Licinius dalam wilayah yang ditaklukinya dari Maximinus pada tahun 313. Toleransi dan pengembalian telah pun dijalankan oleh Constantine di Gaul, Britain dan Sepanyol, oleh Maxentius di Itali dan Afrika. Galerius dan Licinius menjamin toleransi di wilayah Balkan pada tahun 311. Jadi surat-surat tersebut yang ditandatangani Licinius dengan namanya sendiri dan Constantine adalah hanya dibuat untuk menjamin toleransi dan pengembalian di Anatolia dan Timur yang berada di bawah pemerintahan Maximinius.