Demografi Amerika Syarikat

Menurut anggaran Biro Bancian AS, penduduk Amerika Syarikat berjumlah 305,376,000, termasuk lebih kurang 11.2 juta pendatang haram. [1] AS adalah negara ketiga teramai di dunia selepas China dan India.

Kumpulan teramai mengikut kaunti, 2000

Pertumbuhan penduduk sunting

Kadar pertumbuhan penduduknya adalah 0.89%[2] berbanding Kesatuan Eropah 0.16%.[3] Kadar kelahiran pula adalah 14.16 untuk 1,000 orang iaitu 30% di bawah purata kadar dunia tetapi lebih tinggi dari mana-mana negara Eropah kecuali Albania dan Ireland.[4] Pada tahun kewangan 2007, sejumlah 1.04 juta pendatang diberi taraf penduduk sah. Mexico merupakan sumber utama penduduk sah untuk dua dekat; dan sejak tahun 1998, China, India dan Filipina menjadi negara utama yang rakyatnya datang ke AS.[5] Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara perindustrian di mana pertambahan penduduk yang ramai diramalkan.[6]

Bangsa sunting

AS mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa - 31 kumpulan kaumnya mempunyai lebih dari satu juta ahli.[7] Kulit putih merupakan kumpulan yang terbesar dengan Amerika Jerman, Amerika Irish dan Amerika Inggeris merupakan tiga dari empat kumpulan yang terbesar.[7] Amerika Afrika merupakan kumpulan kedua minoriti yang terbesar selepas Hispanik/Latino, dan yang kaum ketiga terbesar.[8][7] Amerika Asia merupakan minoriti kedua terbesar, dan dua kumpulan yang terbesar dalam kategori ini adalah Amerika Cina dan Amerika Filipina.[7] Pada tahun 2007, penduduk AS termasuk 4.5 juta Orang Asli Amerika atau Orang Asli Alaska dan lebih 1 juta Orang Asli Hawaii atau Orang Kepulauan Pasifik.[8][9]

Ras/Etnik (2007)[10]
Kulit putih 73.94%
Amerika Afrika 12.38%
Asia 4.39%
Kaum Asli Amerika dan Alaska 0.78%
Kaum Asli Hawaii dan Penduduk Pulau Pasifik 0.14%
Kaum campur 2.16%
Bangsa lain 6.21%
Hispanik atau Latino (apa-apa bangsa) 15.06%

Bahasa sunting

Bahasa Inggeris merupakan bahasa de facto kebangsaan. Walaupun tidak ada bahasa rasmi pada peringkat persekutuan, beberapa undang-undang - seperti syarat menjadi rakyat AS - memerlukan fasih berbahasa Inggeris. Pada tahun 2003, lebih kurang 215 juta, atau 82% penduduknya yang berumur lima tahun ke atas hanya bertutur dalam bahasa Inggeris. Bahasa Sepanyol, yang digunakan oleh 10% penduduknya, adalah yang kedua banyak dituturkan dan yang paling banyak diajar sebagai bahasa asing. Sesetengah rakyat Amerika mahukan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara kerana ia sudah dibuat sekurang-kurangnya di 28 negeri. Kedua-dua bahasa Hawaii dan Inggeris merupakan bahasa rasmi di pulau itu. New Mexico pula mempunyai undang-undang mengenai penggunaan bahasa Inggeris dan Sepanyol sementara Louisiana pula bahasa Inggeris dan Perancis. Negeri lain seperti California menghendaki versi Sepanyol untuk sesetengah dokumen kerajaan termasuk borang mahkamah.

Rujukan sunting

  1. ^ Camarota, Steven A., and Karen Jensenius (2008). "Homeward Bound: Recent Immigration Enforcement and the Decline in the Illegal Alien Population" (PDF). Center for Immigration Studies. Dicapai pada 2008-08-06. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan WF tidak disediakan
  3. ^ "European Union". The World Factbook. CIA. 2007-05-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-11. Dicapai pada 2007-06-15.
  4. ^ "Rank Order—Birth Rate". The World Factbook. CIA. 2007-05-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-09. Dicapai pada 2007-06-13.
  5. ^ "Persons Obtaining Legal Permanent Resident Status by Region and Country of Birth: Fiscal Years 1998 to 2007 (Table 3)". U.S. Dept. of Homeland Security. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-06. Dicapai pada 2008-09-06.
  6. ^ "Executive Summary: A Population Perspective of the United States". Population Resource Center. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-04. Dicapai pada 2007-12-20. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  7. ^ a b c d "Ancestry 2000" (PDF). U.S. Census Bureau. 2004. Dicapai pada 2007-06-13. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  8. ^ a b "B03001. Hispanic or Latino Origin by Specific Origin (collapsed version)". 2007 American Community Survey. U.S. Census Bureau. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-25. Dicapai pada 2008-10-07.
    ^ "Annual Estimates of the Population by Sex, Race, and Hispanic or Latino Origin for the United States: April 1, 2000 to July 1, 2007 (NC-EST2006-03)". U.S. Census Bureau, Population Division. 2008-05-01. Dicapai pada 2008-09-05.
  9. ^ Friedman, Michael Jay (2006-07-14). "Minority Groups Now One-Third of U.S. Population". U.S. Dept. of State, Bureau of International Information Programs. Dicapai pada 2007-06-13.
  10. ^ "B03002. Hispanic or Latino Origin by Race". 2007 American Community Survey. United States Census Bureau. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-12. Dicapai pada 2008-09-25.