Deria bau atau penghiduan diantarakan oleh sel-sel deria khusus yang terdapat dalam rongga hidung makhluk vertebrat, yang boleh disamakan dengan sel-sel deria pada sesungut invertebrat. Untuk manusia, penghiduan berlaku apabila molekul-molekul bau terikat dengan bahagian reseptor bau tertentu. Reseptor bau digunakan untuk mengesan kehadiran bau. Ianya berkumpul di glomerulus, iaitu struktur yang memancarkan isyarat kepada bebuli penghidu (anggota otak yang terletak betul-betul di atas rongga hidung dan di bawah lobus frontal).[1] Kebanyakan vertebrat, termasuk kebanyakan mamalia dan reptilia, mempunyao dua sistem penghiduan yang berasingan, iaitu sistem penghiduan utama dan sistem penghiduan sampingan (yang khusus untuk mengesan feromon). Untuk haiwan yang bernafas udara, sistem penghiduan utama mengesan bahan-bahan kimia meruap, sementara sistem penghiduan sampingan mengesan bahan kimia berbentuk bendalir.[2] Deria bau dengan deria rasa merupakan sebentuk penerimaan kimia. Bahan-bahan yang merangsang sistem penghiduan itu, biasanya dalam kepekatan amat rendah, dipanggil pembau. Sedangkan deria rasa dan bau adalah sistem deria yang berasingan bagi haiwan daratan, hidupan air pula memiliki satu deria kimia.[3]

Sistem penghiduan manusia. 1: Bebuli penghidu 2: Sel mitral 3: Tulang 4: Epitelium hidung 5: Glomerulus 6: Neuron reseptor bau

Perasaan bau boleh dihasilkan oleh pembau molekul kecil yang meruap, protein tak meruap, dan hidrokarbon tak meruap. Sesetengah spesies haiwan mampu menghidu karbon dioksida yang teramat halus kepekatannya.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Daniel Schacter, Daniel Gilbert, Daniel Wegner (2011). "Sensation and Perception". Psychology. Worth Publishers. m/s. 166–171. ISBN 978-1-4292-3719-2.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Hussain A, Saraiva LR, Korsching SI (2009). "Positive Darwinian selection and the birth of an olfactory receptor clade in teleosts". PNAS. 106 (11): 4313–8. doi:10.1073/pnas.0803229106. PMC 2657432. PMID 19237578. Unknown parameter |unused_data= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Lera Boroditsky. (1999) "Taste, Smell, and Touch: Lecture Notes." pp. 1 [1]
  4. ^ "Better Smelling Through Genetics: Mammalian Odor Perception". Ncbi.nlm.nih.gov. 2012-10-19. Dicapai pada 2012-12-30.