Dermatitis seborea

Dermatitis seborea (bahasa Inggeris Seborrhoeic eczema / Seborrheic dermatitis) merupakan sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat. Masalah ini mampu menjangkiti kulit kepala, muka, dan tubuh menyebabkan kulit merah, bersisik, berkeruping, gatal, dan merah. Ia biasanya menyerang kawasan kulit yang kaya dengan kelenjar-sebum.

Dermatitis seborea
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10L21
ICD-9690
P. Data Penyakit11911
MedlinePlus000963
eMedicinederm/396
MeSHD012628
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Punca sunting

Punca dermatitis seborea masih tidak diketahui dengan tepat, sungguhpun banyak faktor telah dikaitkan. Yis yang banyak terdapat, Malassezia furfur (dahulunya dikenali sebagai Pityrosporum ovale) mungkin terbabit,[1][2] mungkin juga disebabkan oleh faktor genetik, persekitaran, ketidakseimbangan hormon dan faktor imunisasi tubuh (tahap kerintangan terhadap jangkitan).[3][4] Pandangan yang meletakkan dermatitis seborrhoeik ini disebabkan oleh jangkitan kepada kulat yis masih lagi dalam pengesahan.[5] Mereka yang menghidap dermatitis seborea mempunyai tindakbalas epidermis tidak baik kepada jangkitan, dengan kulit menjadi radang dan berkeruping.

 
Serangan dermatitis seborea akut pada kulit kepala.

Bagi kanak-kanak, pengambilan vitamin A berlebihan mampu menyebabkan dermatitis seborea.[6] kekurangan biotin,[7] pyridoxine (vitamin B6)[7][8] dan riboflavin (vitamin B2)[7] mungkin juga merupakan penyebab.

Kehilangan rambut sunting

Kesan sampingan kepada keradangan mungkin termasuk kehilangan rambut sementara. Sekiranya ia berlarutan tanpa dirawat bagi tempoh jangka masa yang lama, kehilangan rambut kekal mungkin berlaku akibat kerosakan folikle rambut.

Rawatan sunting

Sabun dan detergen seperti sodium laureth sulfate[perlu rujukan] mungkin menyebabkan masalah kian buruk, sisa SLS akan mengikat kelembapan diatas kulit, dan sifat SLS yang kering akan menyebabkan ia mengeluap dan memburukkan lagi keadaan. [perlu rujukan] Oleh itu terdapat beberapa rawatan alternatif lain yang mungkin boleh dijadikan ikhtiar.

Pakar dermatologi mengesyorkan rawatan syampu yang mengandungi sisa arang, ciclopiroxolamine ketoconazole, selenium sulfida, atau zinc pyrithione.[9] Untuk jangkitan yang lebih teruk, keratolitik seperti asid salisilik atau persediaan arang boleh digunakan untuk membuang lebihan sisik kulit. Cecair sapuan terbinafine dengan kepekatan (1%) ditunjukkan mampu merawat masalah dengan efektif khususnya dalam rawatan di kulit kepala,[10] losyen yang mengandungi asid hidroksi alfa atau kortikosteroid (seperti fluocinolone acetonide). Losyen sapuan Pimecrolimus kadang-kala diberika oleh doktor.

Rawatan kroik dengan menggunakan sapuan kortikosteroid mungkin dapat membawa kepada perubahan kekal kepada kulit, seperti atrofi dan telangiectasia.[11][12]

Rawatan sinar lembayung UV-A dan UV-B dapat merencat pertumbuhan M. furfur,[13] walaubagaimanapun, pesakit mesti mengilakkan diri dan kulit dari terdedah kepada sinaran cahaya matahari berlebihan kerana jika tidak ia akan menyebabkan kulit merengsa dan pigmentasi berlebihan.

Pesakit yang mendapat dermatitis seborrhoeik kemungkinan besar akan mendapat faedah dari mengambil makanan tambahan berasaskan biotin. Gunakan humidifier dirumah dan bilik tidur bagi meningkatkan tahap kelembapan, sapukan pelembab kulit yang berasaskan bijirin, kurang berminyak atau tidak berminyak. Minyak zaitun dengan bio oil digalakkan.[14]

Rawatan berasaskan tumbuhan sunting

Organisasi Kesihatan Sedunia mengatakan gel Aloe vera menurut perhitungan kajian saintifik sesuai dijadikan rawatan tradisioal kepada masalah dermatitis Seborrhoeik.[15]

Lihat juga sunting

  • Echinopsis peruviana

Rujukan sunting

  1. ^ Hay R, Graham-Brown R (1997). "Dandruff and seborrheic dermatitis: causes and management". Clin Exp Dermatol. 22 (1): 3–6. doi:10.1046/j.1365-2230.1997.d01-231.x. PMID 9330043.
  2. ^ Nowicki R (2006). "[Modern management of dandruff]". Pol Merkur Lekarski. 20 (115): 121–4. PMID 16617752.
  3. ^ Am Fam Physician 2000;61:2703-10,2713-4
  4. ^ Janniger C, Schwartz R (1995). "Seborrheic dermatitis". Am Fam Physician. 52 (1): 149–55, 159–60. PMID 7604759.
  5. ^ Parry M, Sharpe G (1998). "Seborrheic dermatitis is not caused by an altered immune response to Malassezia yeast". Br J Dermatol. 139 (2): 254–63. doi:10.1046/j.1365-2133.1998.02362.x. PMID 9767239.
  6. ^ "MedlinePlus Medical Encyclopedia: Hypervitaminosis A". www.nlm.nih.gov. Dicapai pada 2008-03-19.
  7. ^ a b c "Seborrheic Dermatitis: An Overview - July 1, 2006 -- American Family Physician". www.aafp.org. Dicapai pada 2008-03-19.
  8. ^ "eMedicine - Nutritional Neuropathy : Article by R Andrew Sewell". www.emedicine.com. Dicapai pada 2008-03-19.
  9. ^ Schwartz R, Janusz C, Janniger C (2006). "Seborrheic dermatitis: an overview". Am Fam Physician. 74 (1): 125–30. PMID 16848386.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  10. ^ Faergemann J, Jones J, Hettler O, Loria Y (1996). "Pityrosporum ovale (Malassezia furfur) as the causative agent of seborrheic dermatitis: new treatment options". Br J Dermatol. 134 Suppl 46: 12–5: discussion 38. doi:10.1111/j.1365-2133.1996.tb15652.x. PMID 8763461. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  11. ^ Smith J, Wehr R, Chalker D (1976). "Corticosteroid-induced cutaneous atrophy and telangiectasia. Experimental production associated with weight loss in rats". Arch Dermatol. 112 (8): 1115–7. doi:10.1001/archderm.112.8.1115. PMID 952530.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  12. ^ Scheinfeld N (2005). "Seborrheic dermatitis". Skinmed. 4 (1): 49–50. doi:10.1111/j.1540-9740.2005.03961.x. PMID 15654167.
  13. ^ Wikler J, Janssen N, Bruynzeel D, Nieboer C (1990). "The effect of UV-light on pityrosporum yeasts: ultrastructural changes and inhibition of growth". Acta Derm Venereol. 70 (1): 69–71. PMID 1967880.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  14. ^ Graedon, Joe; Graedon, Teresa (2008-04-17), "The People's Pharmacy", Atlanta Journal Constitution Evening Edge, Atlanta Journal Constitution, m/s. 15
  15. ^ "WHO Monographs on Selected Medicinal Plants - Volume 1: Aloe Vera Gel". www.who.int. Dicapai pada 2008-03-18.
  16. ^ a b c d e f g "The Green Pharmacy: New Discoveries ... - Google Book Search". books.google.com. Dicapai pada 2008-03-19.

Pautan luar sunting