Deutsche Bank Building

Deutsche Bank Building ialah sebuah pencakar langit yang pernah terletak dekat World Trade Center (WTC) di 130 Liberty Street di Lower Manhattan, Bandaraya New York, Amerika Syarikat. Dibuka pada tahun 1974 sebagai Bankers Trust Plaza, bangunan ini diambil alih oleh Deutsche Bank apabila ia membeli Bankers Trust pada tahun 1998. Deutsche Bank Building rosak teruk akibat serangan 11 September 2001 setelah dilanggari runtuhan serpihan, abu, habuk dan asap yang meresap dari WTC, sehingga terpaksa dirobohkan. Tempatnya akan diambil alih oleh World Trade Center Tower 5 yang akan meluaskan ruang tanah yang diduduki oleh World Trade Center yang baru, kerana tanah ini bukan sebahagian World Trade Center yang asal.

Pemandangan dari tenggara pada tahun 1997.
Sekilas pandang tapak kejadian selepas serangan. Deutsche Bank Building kelihatan di belakang sebuah kren merah.

Setelah lama ditangguh, Deutsche Bank Building akhirnya dirobohkan sepenuhnya pada awal tahun 2011 untuk membuka laluan kepada pembinaan World Trade Center Tower 5 yang baru.

Bangunan ini direka bina oleh Shreve, Lamb and Harmon yang juga mereka Empire State Building, serta Peterson & Brickbauer.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Koordinat: 40°42′35″N 74°00′48″W / 40.70972°N 74.01333°W / 40.70972; -74.01333