Dewan Perwakilan Rakyat Daerah


Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) ialah dewan perwakilan rakyat di daerah, sebagaimana yang ternyata daripada namanya. Dewan ini terdiri daripada anggota-anggota parti politik yang menang dalam pilihan raya umum, dan memegang kekuasaan untuk menggubal undang-undang dan memainkan peranan perundangan, belanjawan, dan pengawasan.

Dewan Perwakilan Rakyat Daerah di Provinsi Semarang

DPRD yang merupakan alat cabang eksekutif (Pemerintah Daerah) terdiri daripada 2 jenis:

Tempoh jawatan anggota DPRD ialah 5 tahun, dengan akhir tempohnya berbetulan dengan waktu anggota-anggota DPRD yang baru mengangkat sumpah. Sejak UU Nombor 32 tentang Pemerintahan Daerah dikuatkuasakan, Ketua Daerah tidak lagi bertanggungjawab kepada DPRD kerana dipilih langsung oleh rakyat melalui Pemilihan Kepala Daerah dan Wakil Kepala Daerah (Pilkada).


Tugas, bidang kuasa, dan hak sunting

Tugas dan bidang kuasa DPRD adalah seperti yang berikut:

  • Membentuk Peraturan Daerah yang dibincangkan dengan Ketua Daerah untuk mendapat persetujuan bersama
  • Menetapkan Belanjawan Daerah (APBD]] bersama dengan Ketua Daerah
  • Mengawasi pelaksanaan Peraturan Daerah dan Peraturan Perundangan yang lain, Keputusan Ketua Daerah, APBD, dasar-dasar Pemerintah Daerah dalam melaksanakan rancangan pembangunan daerah, serta kerjasama antarabangsa di daerah
  • Mencadangkan pelantikan serta pemberhentian Gabenor/Timbalan Gabenor kepada Presiden melalui Menteri Dalam Negeri (untuk DPRD Provinsi), dan Bupati/Timbalan Bupati atau Walikota/Timbalan Walikota kepada Menteri Dalam Negeri melalui Gabenor (untuk DPRD Kabupaten/Kota)
  • Memberikan pendapat dan pertimbangan kepada Pemerintah Daerah terhadap rancangan perjanjian antarabangsa yang berkaitan dengan kepentingan daerah
  • Meminta Laporan Keterangan Kebertanggungjawaban (LKPJ) Ketua Daerah dalam pelaksanaan tugas pemencaran.

Hak anggota DPRD sunting

Anggota-anggota DPRD memiliki hak tafsiran, mengundi, mengutarakan pendapat, cadangan dan pertanyaan, serta mengajukan Rancangan Peraturan Daerah (Perda). Selain itu, mereka juga memiliki hak membela diri, hak kekebalan, dan hak protokol.

Berdasarkan Undang-undang Nombor 22 Tahun 2003 tentang Undang-undang Susunan dan Kedudukan (Susduk) dalam melaksanakan tugas dan bidang kuasanya, DPRD berhak untuk meminta penjawat negara peringkat daerah, penjawat pemerintah daerah, badan undang-undang, atau warganegara untuk memberikan keterangan. Jika permintaan ini tidak dipatuhi, maka saman boleh dikenakan, sesuai dengan peraturan perundangan. Jika saman ini tidak dipenuhi tanpa alasan yang sah, orang yang berkenaan boleh ditahan sehingga 15 hari, sesuai dengan peraturan perundangan.

Alat dan Sekretariat DPRD sunting

Alat-alat DPRD terdiri daripada Pimpinan, Suruhanjaya, Jawatankuasa Musyawarah, Badan Kehormatan, Jawatankuasa Belanjawan, serta alat-alat lain yang diperlukan.

Sekretariat DPRD dibentuk untuk mendukung kelancaran pelaksanaan tugas DPR, dengan kakitangannya terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam. Sekretariat ini dipimpin oleh seorang Setiausaha DPRD yang dilantik oleh Ketua Daerah atas cadangan Pimpinan DPRD.

Untuk meningkatkan prestasi kerja lembaga dan membantu pelaksanaan peranan dan tugas DPRD secara profesional, sejumlah pakar dan ahli dilantik, sesuai dengan keperluan, di bawah Setiausaha DPRD.

Kekebalan sunting

Kekebalan dan larangan sunting

Anggota-anggota DPRD tidak boleh didakwa di mahkamah atas pernyataan, pertanyaan, atau pendapat mereka yang dikemukakan dalam sidang-sidang DPRD, baik secara lisan mahupun secara bertulis, asalkan ia tidak bertentangan dengan Peraturan Tata Tertib dan kod etika lembaga masing-masing. Kekebalan tersebut tidak merangkumi keadaan-keadaan yang mana seseorang anggota mengumumkan maklumat-maklumat yang telah diberikan dalam sidang tertutup yang harus dirahsiakan atau hal-hal yang lain yang mendedahkan rahsia negara.

Larangan sunting

Anggota-anggota DPRD tidak boleh merangkap sebarang jawatan negara yang lain, termasuk juga jawatan dalam badan kehakiman, perkhidmatan awam, Tentera Nasional Indonesia atau Polis Republik Indonesia, dan Badan Usaha Milik Negara/Daerah (BUMN/BUMD), serta juga badan-badan yang lain yang berkait dengan Belanjawan Negara/Daerah (APBN/APBD).

Anggota-anggota DPR juga tidak boleh bertugas sebagai pengarah lembaga pendidikan swasta, akauntan awam, perunding, peguam bela atau peguam cara, notari, dan pengamal perubatan, serta juga pekerjaan-pekerjaan yang lain yang berkaitan dengan tugas, bidang kuasa, dan hak mereka sebagai anggota DPRD.

Penyiasatan sunting

Jika anggota DPRD, baik untuk Provinsi mahupun untuk Kabupaten/Kota, diduga melakukan jenayah, pemanggilan, permintaan keterangan, atau penyiasatannya harus mendapat persetujuan tertulis daripada Menteri Dalam Negeri (Mendagri) atas nama Presiden, manakala untuk anggota

Ketentuan ini tidak melibatkan keadaan apabila anggota DPR tertangkap tangan menerima rasuah atau melakukan terorisme.