Dewasa

organisma hidup yang telah mencapai kematangan seks

Istilah dewasa menggambarkan segala organisme yang telah matang, tapi lazimnya merujuk pada manusia: orang yang bukan lagi kanak-kanak dan telah menjadi dewasa Saat ini Dewasa dapat didefinisikan dari aspek biologi iatu sudah akil baligh, hukum sudah berusia 16 tahun ke atas atau sudah menikah, menurut Undang-undang perkahwinan iaitu 19 tahun untuk lelaki dan 16 tahun untuk wanita dan karakter peribadi iatu kematangan dan tanggung jawab. Berbagai aspek kedewasaan ini sering tidak konsisten dan kontradiktif. Seseorang boleh menjadi dewasa secara biologi, dan memiliki karakteristik perilaku dewasa, tapi tetap diperlakukan seperti kanak-kanak kecil jika berada di bawah umur dewasa menurut undang-undang. Sebaliknya, seseorang boleh secara sah dianggap dewasa, tapi tidak memiliki kematangan dan tanggung jawab yang mencerminkan karakter dewasa.

"Dewasa" kadang juga bererti "tidak dianggap sesuai untuk kanak-kanak", terutama sebagai suatu eufimisme yang berkaitan dengan perilaku seksual, seperti hiburan dewasa, video dewasa, majalah dewasa, serta kedai bukudewasa. Tetapi, pendidikan orang dewasa]] hanya bererti pendidikan untuk orang dewasa, dan bukan spesifik pendidikan seks

Menurut dewasa adalah tempoh perkembangan yang bermula pada akhir usia belasan tahun atau awal usia dua puluhan tahun dan yang berakhir pada usia tiga puluhan tahun. Ini adalah masa pembentukan personaliti peribadi dan ekonomi, masa perkembangan kerjaya, dan bagi ramai orang, masa memilih pasangan, belajar hidup dengan seseorang secara akrab, mula berkeluarga, dan mengasuh anak anak.

Dewasa menurut undang-undang sunting

AKTA UMUR DEWASA 1971 Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan umur dewasa. [Seluruh Malaysia—30 April 1971]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Tajuk ringkas

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Umur Dewasa 1971. Umur dewasa

2. Tertakluk kepada seksyen 4, umur belum dewasa bagi semua lelaki dan perempuan ialah dan adalah terhad kepada lapan belas tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu ialah berumur dewasa di Malaysia. Tafsiran

3. (1) Semua perhitungan umur di bawah Akta ini hendaklah dikira mengikut kalendar Gregory.

(2) Pada menghitung umur seseorang, hari orang itu dilahirkan hendaklah dikira sebagai satu hari penuh, dan dia hendaklah disifatkan telah mencapai umur lapan belas tahun pada permulaan ulang tahun kelapan belas hari itu. [1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Akta umur dewasa 1971" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-12-16. Dicapai pada 2012-06-04.