Dialog Antarabangsa Langkawi

Dialog Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Dialog, (LID) merupakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi antara barisan pemimpin Malaysia dengan pemimpin negara dari benua Afrika . Lokasi dialog ini diadakan di pulau Langkawi .

Asal sunting

Dialog Antarabangsa Langkawi dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1995 bagi merapatkan hubungan dengan negara-negara Afrika yang menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kemiskinan, dan masalah negara yang pernah dijajah.

Dr Mahathir Mohamad tidak mahu negara membangun dikongkong oleh gagasan dan wawasan dari negara barat semata-mata. Kita mestilah keluar dari pemikiran polisi antarabangsa yang tersekat kepada negara Barat semata-mata. Mentaliti negara dijajah dan bekas negara penjajah hendaklah dihapuskan.

Perkongsian Komanwel mengenai Pengurusan Teknologi (CPTM) ditubuhkan melalui Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Perkongsian Pintar diasaskan oleh Malaysia. Selepas LID, wujud pula SAID di Selatan Afrika dan kini CID di Carrebean.

Perkongsian pintar ini terbuka dan melibatkan ahli-ahli politik, kakitangan awam, ahli perniagaan, pemimpin buruh, pengamal media, ahli akademik, aktivis budaya dan badan-badan bukan kerajaan .

Matlamat sunting

LID diadakan dengan tujuan :

  • LID menggalakkan berkongsi kepintaran atau perkongsian pintar. Jangan harapkan Barat kerana mereka ada agenda tersembunyi. Jiran yang baik ialah jiran yang membantu.
  • Membincangkan masalah dunia yang dihadapi bersama di kalangan negara membangun.
  • Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negara-negara Afrika yang nampaknya senada dalam isu-isu global dan menghadapi kuasa-kuasa besar.
  • mempromosikan pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa khususnya dari negara Afrika. Sejak Persidangan CHOGM diadakan di pulau Langkawi pada 1998 dan banyak lagi persidangan antara pemimpin dunia diadakan di pulau itu, matlamat menjadikan sektor pelancongan sebagai sumber pendapatan semakin berjaya.


LID 2007 sunting

LID 2007 diadakan selama 3 hari mulai 6 Ogos - 8 Ogos 2007 . Lokasi utama ialah di Berjaya Langkawi Beach and Spa Resort . Kira-kira 500 peserta dari 40 buah negara. Turut hadir ialah 10 ketua negara dan kerajaan dari Afrika. LID 2007 adalah edisi ke-8.

Turut hadir sunting

Isu-isu sunting

Kemiskinan global sunting

  • Kemiskinan global dapat diatasi hanya melalui pembinaan infrastruktur pendidikan. Setiap remaja tidak kira lelaki mahupun wanita hendaklah mendapat pendidikan minimum 11 tahun sebagaimana di Malaysia. Anak perempuan tidak harus dibezakan atau dibiarkan ketinggalan , menjadi suri rumah sahaja.
  • Pemikiran kreatif dan progresif hendaklah digalakkan . Budaya kerja yang positif selaras dengan globalisasi hendaklah digalakkan . Jangan mudah terpengaruh dengan 'perangkap' ekonomi barat yang akhirnya negara sedang membangun berada dalam keadaan 'tergantung' secara berterusan. Modal insan yang menyanjung intelektual dan pemikiran terbuka hendaklah diperhebatkan.
  • Ledakan ICT dapat memudahkan pemindahan idea dan pendidikan jarak jauh atau tele sidang.

Rancangan Tanah sunting

  • Tanah adalah sumber paling penting dalam sesebuah negara bagi menyelesaikan masalah ekonomi. Tanah-tanah subur yang telah dimiliki oleh peladang Eropah hendaklah dimiliknegara secara bijaksana. Rancangan pembangunan tanah hendaklah sampai kepada golongan yang benar-benar miskin dan prosesnya mestilah telus.
  • Sistem perladangan ala Felda telah menarik perhatian negara Colombia, Nigeria dan Sierra Leone .Minyak kelapa sawit Felda kini 2 juta tan matrik setahun dan belum mampu memenuhi permintaan negara luar.

Masalah ekonomi sunting

  • Kredit mikro kepada golongan miskin secara terancang dan dipantau dari semasa ke semasa dapat meningkatkan keupayaan dan keyakinan dan tidak lagi rasa rendah diri.
  • Pihak swasta bukanlah musuh. Sebaliknya swasta hendaklah dijemput sebagai penasihat kewangan, rakan kongsi dan rakan untung bersama. Setiap institusi kewangan, agensi kerajaan dan masyarakat awam hendaklah celik kewangan. Jika tidak , akan berlaku ketirisan , penyelewengan dan salah urus tadbir.
  • Kurangkan karenah birokrasi dan cakap tidak serupa bikin. Sebaliknya lebihkan tindakan daripada janji kerana rakyat semakin bijak menilai kerajaan yang telus dan utuh.
  • Bank Negara Malaysia mencadangkan penubuhan panel Penasihat Kewangan (FIA) di kalangan negara Afrika bagi mengurangkan kemiskinan di Afrika. Panel ini mengandungi direktori ,maklumat konfrehensif dan pakar ekonomi mikro dan ekonomi makro.
  • Sehingga kini, penyertaan kumpulan berpendapatan rendah dalam perancangan ekonomi hanya 20 % di Afrika dan 30 % di Asia. Pengalaman kredit mikro di Bangladesh, Indonesia dan India hendaklah dimanfaatkan. 22 juta dari 25 juta penduduk Malaysia telah mempunyai akaun simpanan di bank. 16 juta telah memperolehi pinjaman mikro dan makro.
  • Kejayaan Bank Grameen dari Bangladesh hingga di iktiraf oleh PBB hendaklah dicerna dan diterapkan. Penduduk miskin tidak mampu meminjam kerana tidak ada cagaran seperti tanah. Mereka yang miskin akan terus miskin jika dibiarkan berdikari. Selama ini Perbankan konvensional gagal memberi kredit mikro sehingga mereka terdedah kepada orang tengah yang lintah darat.
  • Ketika ini 1.1 bilion rakyat dalam kemiskinan tegar iaitu menerima pendapatan kurang AS$2 sehari.

Masa depan LID sunting

  • Sehingga 2007, LID telah diadakan sebanyak 8 kali dan merupakan acara tahunan bagi Perkongsian Komanwel Bagi Pengurusan Teknologi (CPTM).
  • LID 2007 turut menjemput Laos, Kemboja dan Thailand.
  • Selepas LID, wujud pula Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID). Kemudian Dialog Antarabangsa Perkongsian Pintar Carribean turut mengambil format yang sama.
  • Pada masa depan diharap negara-negara bukan Komanwel British turut disertakan. Bahasa menjadi halangan utama untuk dialog yang berkesan.
  • Kemiskinan di Afrika diganggu-gugat oleh ketidakstabilan politik. Mereka harus belajar mengurangkan konflik dan politiking , demonstrasi dan lain-lain yang hanya melambangkan 'tak stabil'.

Peranan Malaysia sunting

  • Pelaburan Malaysia di Negara Selatan-Selatan berjumlah AS$4.8 bilion (RM17.6 bilion) pada tahun lepas berikutan usaha kerajaan menggalakkan lebih banyak firma tempatan melabur di negara membangun.
  • Malaysia telah mewujudkan hubungan rapat dan kerjasama dengan banyak negara Selatan-Selatan dalam bidang pengilangan, perkhidmatan, perbankan dan kewangan, pemasaran komoditi, pertukaran maklumat, kerjasama teknikal dan perdagangan.
  • Kerajaan Malaysia menawarkan insentif kepada firma-firma untuk melabur di seberang laut, khususnya di negara Selatan-Selatan. Ini termasuk perbelanjaan permulaan yang dikecualikan cukai.
  • Kerajaan Malaysia telah mengadakan 56 Perjanjian Jaminan Pelaburan (IGA) dengan banyak negara membangun untuk menggalakkan pelaburan antara Malaysia dan negara-negara berkenaan.