Diana Haddad

Penyanyi dan pelakon wanita Lubnan dan Emiriah Arab Bersatu

Diana Jospeh Fouad Haddad (lahir di Bsalim, Lubnan, 1 Oktober 1976; umur 47 tahun), dikenali ramai sebagai Diana Haddad merupakan antara penyanyi yang paling popular dan berjaya di dunia Arab.

Diana Haddad
Latar belakang
Nama lahirDiana Joseph Foad Haddad
Juga dikenali sebagai
Diana Haddad
Kelahiran (1976-10-01) 1 Oktober 1976 (umur 47)
Lubnan Bsalim, Lubnan
GenreMuzik Arab
Pekerjaan
Tahun aktif1992–kini
Syarikat rakaman

Kehidupan Awal sunting

Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kristian Katolik beraliran Marouniyah di sebuah perkampungan kecil yang bernama Bsalim yang terletak di selatan Lubnan.

Bakatnya mula dikenali pada umur yang muda setelah beliau memenangi satu pertandingan hiburan di televisyen, Studio Al Fann (Studio Seniman). Diana Haddad mempunyai dua orang abang, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

Oleh kerana Lubnan dilanda perperangan saudara dan suasana politik yang tidak stabil. Keluarga Diana Haddad telah berhijrah ke negara Kuwait. Diana Haddad telah mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Al Fahaheel, Kuwait.

Karier Muzik sunting

Diana Haddad berusia 16 tahun apabila beliau bermula untuk menghasilkan albumnya yang pertama. Album tersebut mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan kerana beliau juga perlu menghabiskan zaman persekolahannya dan mendapatkan ijazah dalam Sains Komputer.

Pada masa ini, Diana telah bertemu dengan Suhail Al-Abdool seorang penerbit Televisyen yang memegang kewarganegaraan Emiriah Arab Bersatu dan seorang yang beragama Islam. Mereka telah berkahwin pada tahun 1995. Mereka mendapat seorang anak perempuan bernama Sofy pada bulan Julai 1997. Diana memeluk Islam setelah mengahwini Suhail Al-Abdool.

Diana Haddad telah melahirkan beberapa album dan berjaya mempunyai peminat-peminat fanatik terutamanya di negara-negara Teluk dan Lubnan.

Diana Haddad terkenal sebagai seorang penyanyi Arab yang elegan yang masih lagi membawa lagu-lagu Arab berunsurkan tradisi-tradisi yang konservatif. Oleh kerana sifat beliau yang tidak terlalu menonjol dan provokatif seperti artis-artis Arab yang lain maka beliau mendapat sokongan lebih ramai peminat dan digelar sebagai "Bakat yang hebat, Diva yang dihormati"

Pautan Luar sunting