Diet Kebangsaan Jepun (Jepun: 国会, Hepburn: Kokkai, "Dewan Negara") merupakan badan perundangan dwidewan Jepun. Ia merupakan badan perundangan tertinggi kerajaan Jepun selaras dengan Perkara 41 Perlembagaan Jepun. Ia terdiri dari dewan rendah dipanggil Dewan Perwakilan dan dewan tinggi dipanggil Dewan Kaunselor kedua-duanya dilantik terus melalui sistem pengundian selari.

Diet Kebangsaan Jepun
ديات کبڠساٴن جڤون
日本の国会
Nihon no kokkai
Persidangan Diet ke-177
Jenis
Jenis
Dewan
Kepimpinan
Speaker Dewan Perwakilan
Takahiro Yokomichi, Parti Demokratik
sejak 16 September 2009
Speaker Dewan Kaunselor
Takeo Nishioka, Parti Demokratik
sejak 7 Ogos 2007
Struktur
{{{Struktur1}}}
Kumpulan politik
Kerajaan pemerintah (142)

Pembangkang (103)

{{{Struktur2}}}
Kumpulan politik
Kerajaan pemerintah (312)

Pembangkang (154)

Tempat persidangan
Bangunan Diet Jepun
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sistem ini dibentuk pada zaman Meiji mengikut corak kerajaan berperlembagaan termasuk sistem Westminster dan khususnya Reichstag diamalkan dari Prusia zaman empayar abad ke-19; ia dan badan-badan perundangan Eropah sezaman sering diungkapkan dengan istilah "diet" meminjam dari bahasa Latin hasil kebiasaan dari sejak zaman Empayar Rom Suci.

Sejarah sunting

Badan pertama mendahului sistem ini di Jepun adalah Diet Imperial (Jepun: 帝国議会, Hepburn: Teikoku-gikai) yang mula bersidang pada 29 November 1890, tidak lama selepas perkenalan perlembagaan baharu pada 11 Februari tahun sebelumnya.[1] Ia dibahagikan kepada Dewan Perwakilan yang dilantik hasil undian langsung dan suatu "Dewan Bangsawan" (Jepun: 貴族院, Hepburn: Kizoku-in).[2] Perdana Menteri yang memimpin kedua-dua dewan ini dilantik dalam kalangan bangsawan berpengalaman yang diagihkan kuasa amanah Maharaja iaitu genrō (Jepun: 元老).[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Fraser, Andrew; Mason, R. H. P.; Mitchell, Philip (September 16, 2005). Japan's Early Parliaments, 1890-1905: Structure, Issues and Trends. Routledge. m/s. 8. ISBN 978-1-134-97030-8.
  2. ^ "From Imperial Diet to National Diet". House of Representatives of Japan. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2002. Dicapai pada 15 Julai 2007.
  3. ^ Henkin, Louis and Albert J. Rosenthal Constitutionalism and Rights: : the Influence of the United States Constitution Abroad. Page 424. Published 1990. Columbia University Press. ISBN 0-231-06570-1

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.