Dilong (Cina ringkas: 地龙Cina tradisional: 地龍pinyin: dìlóngWade-Giles: ti-lung; "naga bumi") ialah nama seekor naga Cina yang juga bermaksud "cacing" dalam perubatan tradisional Cina dan "Geosaurus" dalam tatanama zoologi Cina.

Naga sunting

Dalam mitos Cina, dilong merupakan salah seekor naga -long yang umpama shenlong (naga dewa) dan huanglong (naga kuning). Memandangkan perkataan ( "tanah, darat, bumi") berbeza dengan tian ( "langit, angkasa, syurga") dari segi makna (cth. tiandi 天地 "angkasa dan bumi, alam semesta", rujuk Tiandihui), maka dilong berpasangan dengan tianlong (天龍 "naga syurga"). Naga Cina sepatutnya boleh terbang, dan oleh itu dianggap makhluk samawi, bukan makhluk duniawi seperti dilong yang "terikat pada bumi". Dua lagi pengecualian ialah panlong (蟠龍 "naga melingkar; seekor naga yang tidak naik ke angkasa") dan tulong (土龍 "naga tanah") yang sebenarnya merujuk kepada sejenis buaya iaitu Alligator sinensis (, tuo).

Dilong mula-mula disebut dalam naskhah biografi Sejarah Wangsa-Wangsa Selatan yang dikarang pada abad ke-7 M tentang Laksamana Wang Sengbian (m. 555 CE) pada Dinasti Liang. Mengikut riwayat itu, disaksikannya "dua ekor naga" yang naik ke angkasa, maka dilong yang meninggalkan wilayah Liang ditafsirkan sebagai petanda kejatuhan Liang pada tahun 550 M. Ronan dan Needham (1995:308) memetik satu lagi konteks dalam biografi Wang ini dengan mengatakan bahawa perahunya ada "sepasang naga" (雙龍) di sebelah-sebelahnya, yang mana mereka mentafsirkannya sebagai "pembetulan sastera" bagi "sepasang roda" (雙輪) bagi sejenis bot kayuh.

Cacing sunting

Dilong atau dilongzi (地龍子 "anak naga bumi") ialah satu gelaran yang beradab buat "cacing", yang biasanya dipanggil qiuyin (蚯蚓). Perkataan Long () digunakan dalam tatanama zoologi bahasa Cina seperti mana perkataan Inggeris dragon terpakai dalam dragonfly atau dragonfish[1], yang mana nama long dipakai untuk hidupan yang seakan naga (cth., hailong 海龍 "naga laut" untuk "memerang laut; Syngnathinae" atau longluozi 龍落子 "anak jatuh naga" untuk "kuda laut"); ataupun dikaitkan dengan dinosaur (cth. tulang nujum yang berasal dari dinosaur bergelar longgu 龍骨 "tulang naga").

Dilong mula-mula mengambil erti "cacing" dalam naskhah Qixiu Leigao (七修類稿) yang dikarang oleh cendekiawan Dinasti Ming yang bernama Lang Ying (郎瑛, 1487-1566 M). Entri farmakologi bagi qiuyin (蚯蚓) iaitu cacing dalam Bencao Gangmu (1578) menyenaraikan nama-nama lain bagi haiwan itu seperti dilong dan tulong (土龍). Li Shizhen berhujah bahawa nama-nama ini berasal dari mitos bahawa cacing (seperti naga) boleh menimbulkan cuaca yang tidak menentu.

Dilongsan ([] Error: {{Lang}}: tiada teks (bantuan) "serbuk naga bumi") merupakan sejenis ubat tradisional Cina yang diperbuat daripada abdomen cacing tanah merah, Lumbricus rubellus.

Makna lain sunting

Dilong merupakan istilah Cina moden buat makhluk buaya purba Geosaurus (dari bahasa Yunani "biawak bumi").

Dilong disebut chiryū dalam bahasa Jepun dan merupakan nama bagi sebiji buah catur dalam Shogi. Dalam permainan Taikyoku shogi, buah ini tertera 地龍 "naga bumi" di sebelah muka dan yulong atau uryū 雨龍 "naga hujan" di sebelah lagi muka.

Rujukan sunting

  1. ^ Carr (1990:99-100)
  • Carr, Michael. 1990. "Chinese Dragon Names", Linguistics of the Tibeto-Burman Area 13.2:87-189.
  • Ronan, Colin Alistair and Joseph Needham. 1995. The Shorter 'Science and Civilisation in China', vol. 5. Cambridge University Press.