Dmitri Ivanovich Mendeleev (Bahasa Bahasa Rusia: Дми́трий Ива́нович Менделе́ев, [Min-di-lé-yif], 8 Februari 1839 – 2 Februari 1907 atau 27 Januari 1834 – 20 Januari 1907 mengikut Takwim Julius) merupakan seorang profesor kimia warga Rusia yang dikenali atas kerjanya mengelaskan unsur-unsur menghasilkan satu bentuk jadual berkala yang memuaskan pada tahun 1869.

Dmitri Mendeleev
Kelahiran
Dmitri Ivanovich Mendeleev

(1834-02-08)8 Februari 1834
Verkhnie Aremzyani, Kegabenoran Tobolsk, Empayar Rusia
Meninggal dunia2 Februari 1907(1907-02-02) (umur 72)
Saint Petersburg, Empayar Rusia
WarganegaraRusia
Pusat pendidikanUniversiti Saint Petersburg
Terkenal keranaMerumuskan jadual berkala unsur kimia
Pasangan
  • Feozva Nikitichna Leshcheva (1862–1871)
  • Anna Ivanova Popova (1882)
Anugerah
Kerjaya saintifik
BidangKimia, fizik
Penasihat akademikGustav Kirchhoff[2]
Pelajar terkemuka
  • Dmitri Petrovich Konovalov
  • Valery Gemilian
  • Alexander Baykov[perlu rujukan]
Tandatangan

Perumusan jadual berkalanya sunting

Jadual Berkala Mendeleev ini menjadi asas kepada bentuk jadual berkala sekarang. Mendeleev menunjukkan bahawa sifat-sifat unsur berubah secara berkala mengikut jisim atom.

Mendeleev menyusun unsur-unsur mengikut tertib jisim atom menaik seperti yang dilkukan oleh John Newlands, tetapi dengan beberapa perbezaan seperti berikut:

  • Semua unsur dengan sifat-sifat yang sama tergolong dalam lajur (kumpulan) yang sama.
  • Beliau meninggalkan tempat-tempat kosong dalam jadual berkala ini untuk unsur-unsur yang belum dijumpai pada masa itu.
  • Beliau menggunakan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala untuk meramalkan sifat-sifat bagi unsur-unsur yang beliau temui pada masa itu. Ramalannya disahkan benar apabila unsur-unsur tersebut ditemui beberapa tahun kemudian. Misalnya, Mendeleev telah meramalkan unsur yang diberi nama eka-silikon yang bermaksud satu unsur yang kedepan selepas silikon. Menurut ramalannya, eka-silikon mempunyai sifat-sifat yang serupa dengan silikon. Apabila unsur germanium dijumpai pada tahun 1886, sifat-sifat didapati sama dengan sifat eka-silikon seperti yang diramalkan oleh Mendeleev sebelum itu.Unsur-unsur lain yang telah diramalkan oleh beliau ialah galium dan skandium.

Unsur-unsur yang tidak sesuai diletakkan ke mana-mana kumpulan biasa disusun ke dalam satu blok yang berasingan iaitu ke kumpulan logam peralihan. Contoh unsur-unsur tersebut ialah:

Walaupun unsur-unsur disusun mengikut tertib jisim atom menaik, tetapi beliau menerbalikkan dua pasangan unsur iaitu nikel (jisim atom 58.7) dengan kobalt (jisim atom 58.9) dan iodin (jisim atom 126.9) dengan telurium (jisim atom 127.6) supaya unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama dapat dikumpulkan dalam kumpulan yang sama. Penyusunan ini dapat disahkan benar apabila unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom dalam Jadual Berkala Moden.

Mendeleev turut mengkaji komposisi petroleum serta membantu mengasaskan loji penapis minyak yang pertama di Rusia. Beliau melihat kepentingan petroleum sebagai bahan suapan dalam penghasilan produk-produk petrokimia terbitan.

Beliau meninggal pada tahun 1907 berusia 72 tahun di Saint Petersburg akibat influenza.

Legasi sunting

Kawah Mendeleev yang terletak di Bulan serta juga unsur radioaktif bernombor 101 iaitu mendelevium dinamai sempena memperingati beliau. Akademi Sains Rusia sekali-sekalanya menganugerahkan Pingat Emas Mendeleev sejak 1965.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Fellows of the Royal Society". London: Royal Society. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2015.
  2. ^ Physics Tree profile Dmitri Ivanovich Mendeleev
  3. ^ laman sesawang Akademi Sains Rusia

Pautan luar sunting

 
Wikisource