Doktrin Monroe ialah sebuah dasar Amerika Syarikat yang diperkenalkan pada 2 Disember 1823. Dasar ini menetapkan bahawa usaha-usaha yang bakal dilakukan negara-negara Eropah untuk menjajah ataupun mencampur tangan dalam hal-hal negara di Utara mahupun di Selatan Amerika akan dianggap sebagai tindakan menceroboh yang memerlukan campur tangan Amerika Syarikat.[1] Pada masa yang sama, doktrin ini menyatakan bahawa AS tidak akan mengganggu koloni Eropah yang sudah ada ataupun mengusik hal-hal dalaman negara-negara Eropah. Doktrin dikeluarkan pada titik waktu hampir semua negeri jajahan Sepanyol dan Portugal mendapat kemerdekaan daripada Empayar Sepanyol dan Empayar Portugal]; Peru dan Bolivia bakal mencapai kemerdekaan dalam tahun 1825 dan hanya Cuba dan Puerto Rico kekal di bawah pemerintahan Sepanyol. Amerika Syarikat yang bekerja sama dengan United Kingdom, mahu menjamin agar tidak ada kuasa Eropah lain akan masuk ke dalam negara-negara benua itu selepas pengunduran Sepanyol dan Portugal.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ United States Department of State, Basic Readings in U.S. Democracy: The Monroe Doctrine (1823)
  2. ^ Herring, George C., From Colony to Superpower: U.S. Foreign Relations Since 1776, (2008) pp. 153-155

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.