Dolar Sarawak ialah mata wang Sarawak antara 1858 hingga 1953. Nilainya sama sahaja dengan dolar Selat dan penggantinya, dolar Malaya (mata wang Malaya dan Singapura), iaitu 2 syiling 4 penny setiap dolar, sejak pengenalannya sehingga kedua-dua mata wang itu digantikan dengan dolar Malaya dan Borneo British pada tahun 1953.

Dolar Sarawak 1935
1 sen 1870, Charles Brooke

Dolar Sarawak dibahagikan kepada 100 sen. Pada sepanjang sejarahnya, duit syiling ditempa dalam jenis mata wang ¼ sen, ½ sen, 1 sen, 2½ sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, dan 50 sen. Duit syiling yang nilainya 5 sen atau lebih mengandungi logam berharga tetapi sejak 1920, duit syiling 5 sen dan 10 sen juga diperbuat daripada tembaga dan nikel. Duit-duit syiling itu menonjolkan potret dan nama raja:

Siri pertama nota bank dikeluarkan oleh Perbendaraan Kerajaan Sarawak. Ia dicapkan dengan tangan dan bermutu rendah. Semua nota yang kemudian dikeluarkan oleh Kerajaan Sarawak, kecuali nota 10 sen dan 25 sen pada 1919, dengan kedua-dua ini dikeluarkan semula oleh Perbendaharaan. Pada sepanjang sejarahnya, nota bank dikeluarkan dalam jenis mata wang 5 sen, 10 sen, 20 sen, 25 sen, 50 sen, $1, $5, $10, $25, $50, dan $100. Nota bank sebelum tahun 1922 atau melebihi $50 sangat jarang dijumpai.

Semasa zaman pendudukan Jepun (1942-1945), wang kertas dikeluarkan dalam jenis mata wang 1 sen hingga 1,000 dolar. Nilainya ditetapkan pada kadar 1 dolar = 1 yen Jepun, berbanding dengan kadar pra-perang sebanyak 1:2. Selepas perang, mata wang pendudukan Jepun diisytiharkan sebagai tidak bernilai dan nilai dolar Sarawak dipulihkan kepada nilai berasaskan sterling yang dahulu sebanyak 2 syling 4 peni.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  • Pick, Albert (1996). Katalog Piawai Wang Kertas Dunia: Isu am hingga 1960. Colin R. Bruce II dan Neil Shafer (penyunting) (ed. ke-8). Krause Publications. ISBN 0-87341-469-1.
  • Krause, Chester L. dan Clifford Mishler (2003). 2004 Katalog Piawai Duit Syiling Dunia: 1901–kini. Colin R. Bruce II (penyunting kanan) (ed. ke-31). Krause Publications. ISBN 0873495934.

Pautan luar sunting

pra-Perang Dunia II
Didahului oleh:
Tiada pendahulu moden
Mata wang the Kerajaan Sarawak
1858 – 1942
Nota: Sama nilainya dengan dolar Selat dan dolar Malaya selepas 1939
Digantikan dengan:
dolar dikeluarkan kerajaan Jepun
Lokasi: Malaysia, Singapura, dan Brunei kini
Alasan: Pendudukan Jepun
Nisbah: pada tara
Nota: Kerajaan Jepun membenarkan mata wang dolar diedarkan, tetapi mata wang tersebut disorokkan oleh pemilik kerana nilainya lebih boleh dipercayai.
pasca-Perang Dunia II
Didahului oleh:
Dolar dikeluarkan kerajaan Jepun
Lokasi: Malaysia, Singapura, dan Brunei kini
Alasan: Jepun ditewaskan dalam Perang Dunia II
Nisbah: Mata wang pendudukan menjadi tidak bernilai, dan nilai mata wang pra-pendudukan dipulihkan.
Mata wang Kerajaan Sarawak
1945 – 1946
Nota: nilainya sama dengan dolar Malaya
Mata wang the Tanah jajahan Sarawak
1946 – 1953
Nota: nilainya sama dengan dolar Malaya
Digantikan dengan:
Dolar Malaya dan Borneo British
Alasan: pengasasan Lembaga Pesuruhanjaya Mata Wang sepunya
Nisbah: pada tara, atau 60 dolar = 7 paun British