Dolma merupakan kelompok hidangan sayuran disumbat yang biasa dimasak dan dihidang di kawasan Balkan dan wilayah sekitarnya, Timur Tengah, Kaukasia (kebanyakan wilayah ini memiliki warisan masakan Uthmaniyah, Rusia, Asia Tengah dan Asia Selatan. Sayuran biasa yang digunakan bagi isian termasuk tomato, lada benggala, bawang besar, zucchini, dan terung. Daun anggur atau kubis membalut isian, yang digelar 'hidangan Sarma', juga dipanggil 'dolma' atau 'yaprak dolma'. Isian mungkin termasuk daging. Dolma daging biasanya dihidangkan panas-panas, sering kali bersama sos avgolemono ("lemon telur") atau sos yogurt bawang putih; yang tanpa daging biasanya dihidangkan sejuk. Sayuran sumbat juga biasa dalam hidangan Itali,di mana ia dikenali sebagai ripieni ("sumbat").[1] Dolma ialah keluarga hidangan sumbat yang dikaitkan dengan masakan Uthmaniyyah, biasanya dibuat dengan inti nasi, daging cincang, jeroan, makanan laut, buah-buahan atau mana-mana gabungan ini di dalam sayur-sayuran atau pembungkus daun. Dolma yang dibalut, khususnya, dikenali sebagai sarma, dibuat dengan menggulung anggur, kubis atau daun lain di sekeliling inti. Dolma boleh dihidangkan hangat atau pada suhu bilik dan biasa dalam hidangan masakan moden di wilayah dan negara yang pernah menjadi sebahagian daripada Empayar Uthmaniyyah.

Sarma dan dolma dari hidangan Turki.

Penamaan sunting

Dolma merupakan kata nama sebutan ("verbal noun") dalam bahasa Turki verb dolmak, 'disumbat', dan bererti '("benda") sumbat'.[2][3] [4] Dolma merupakan sayuran sumbat, iaitu, sayuran yang dikosongkan dan disi dengan isian.

Sesetengah pakar bahasa Armenian mencadangkan bahawa dolma, yang disebut sebagai tolma di Armenia, dipinjam dari perkataan Urartian bagi anggur, toli, yang menjadikan dolma hasilan dari tolma yang mana datangnya dari toli.[5] Cadangan ini tidak diterima oleh pakar bahasa yang lainnya.

Isian sunting

Isiannya biasanya terdiri dari nasi, daging cincang atau bijirin. Dalam kedua kes, isian biasanya termasuk bawang besar, herba seperti dill, mint atau parsley dan rempah. Isian tanpa daging dimasak dengan minyak zaitun dan termasuk kismis atau "Zante currant", bawang besar, kekacang atau "pulse".

 
Penyediaan dolma

Rujukan sunting

  • Alan Davidson, The Oxford Companion to Food. ISBN 0-19-211579-0.
  • Gosetti Della Salda, Anna (1967). Le ricette regionali italiane (dalam bahasa Italian). Milano: Solares.CS1 maint: unrecognized language (link)

Rujukan sunting

  1. ^ Gosetti (1967), passim
  2. ^ Merriam-Webster Online - Dolma
  3. ^ Encyclopedia Iranica. Dolma.
  4. ^ Official Turkish Dictionary. Dolma.
  5. ^ Irina Petrosian, David Underwood, Armenian food: fact, fiction & folklore, p. 82

Pautan luar sunting

  Kategori berkenaan Dolma di Wikimedia Commons

Resepi untuk Kiraz Yaprağı Sarma (Stuffed Cherry Leaves)