Komanwel Dominika, atau Dominika (Perancis: Dominique), adalah sebuah negara pulau yang terletak di Laut Caribbean. Dalam bahasa Latin, "Dominica" bermaksud "hari Ahad" iaitu hari di mana Columbus menjumpai pulau tersebut.

Komanwel Dominika
کومنويل دومينيکا
Commonwealth de la Dominique
Bendera Dominika
Jata Dominika
Bendera Jata
Cogan kata"Après Bondie, C'est La Ter"  (Antillean Creole)
"Selepas Tuhan adalah Bumi"
"Après le Bon Dieu, c'est la Terre"
Lagu kebangsaanIsle of Beauty, Isle of Splendour
Lokasi Dominika
Ibu negara
dan bandar terbesar
Roseau
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
vernakularBahasa Perancis Kreol Dominika
Kumpulan etnik
86.8% kulit hitam, 8.9% kacukan, 2.9% Carib, 0.8% kulit putih, 0.7% lain-lain (2001)[1]
DemonimDominika
KerajaanRepublik berparlimen
• Presiden
Sylvanie Burton
Roosevelt Skerrit
Kemerdekaan
• daripada United Kingdom
3 November 1978
Keluasan
• Jumlah
750 km2 (290 bt2) (Ke-184)
• Perairan (%)
1.6
Populasi
• Perkiraan Julai 2009
72,660 (Ke-195)
• Bancian Penduduk 2003
71,727
105/km2 (271.9/sq mi) (Ke-95)
KDNK (PPP)2010
• Jumlah
$758 juta[2]
$10,415[2]
KDNK (nominal)2010
•  Jumlah
$376 juta[2]
$5,167[2]
HDI (2007)0.814
Ralat: Nilai IPM tidak sah · 73rd
Mata wangDolar Caribbean Timur
(XCD)
Zon waktuUTC–4 (Timur Caribbean)
Bahagian memanduleft
Kod panggilan+1-767
DPT internet.dm
  1. Kedudukan berdasarkan anggaran PBB pada tahun 2005.

Nama pulau Dominika sebelum kedatangan Columbus adalah Wai'tu kubuli, yang bermaksud "Tinggi badannya". Penduduk asal pulau ini, iaitu orang Carib, memiliki wilayah yang sama seperti tanah rizab kaum Pribumi Indian di Amerika Utara. Disebabkan kedudukannya di antara pulau-pulau jajahan Perancis, Guadeloupe dan Martinique, dan juga kerana ia pernah ditakluki Perancis pada suatu ketika, Dominika juga digelar "Dominika Perancis". Namun bahasa rasminya adalah Inggeris walaupun bahasa creole, creole Perancis ditutur secara umum.

Dominika telah diberi nama samaran "Nature Isle of the Caribbean" (Pulau Alam Semula Jadi Caribbean) kerana keindahan semula jadinya yang kelihatan tidak terjejas. Ia merupakan kepulauan yang paling muda dalam Antilles Kecil, dan kini masih dibentuk oleh aktiviti gunung berapi geoterma, sebagaimana dibuktikan oleh tasik didihnya yang kedua terbesar di dunia. Pulau ini menonjolkan hutan hujan bergunung-ganang yang subur, dan merupakan tempat asal kepada banyak spesies tumbuhan, haiwan dan burung yang jarang ditemui. Terdapat kawasan-kawasan xerik di sesetengah kawasan pantai barat Dominika, tetapi hujan lebat boleh didapati di kawasan pedalaman. Burung nuri Sisserou, burung negara Dominika, ditampilkan dalam bendera negara. Ekonomi Dominika sangat bergantung kepada sektor pelancongan dan pertanian.

Sejarah sunting

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Dominica Ethnic groups 2001 Census". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-30. Dicapai pada 2011-12-07.
  2. ^ a b c d "Dominica". International Monetary Fund. Dicapai pada 2011-04-21.

Pautan luar sunting

Kerajaan sunting

Berita dan media sunting

Pelancongan sunting