Donat

(Dilencongkan dari Donut)

Donat merupakan satu makanan berbentuk bulat yang hasilnya dari doh mahupun satu adunan cair. Kebanyakan donat boleh didapati dalam pelbagai jenis, antara yang biasa dilihat ialah donat seperti gelang atau cincin, dan donat yang berinti yang dimasukkan kastard, krim dan jem, serta lain-lain manisan (dalam bentuk cecair dan krim).

Donat
دونت
Donat gelang bersadur gula kastor
Nama alternatifBeigne Sunting ini di Wikidata
JenisDoh goreng
Tempat asalAmerika Syarikat
Bahan yang biasa digunakanTepung gandum, ubi kentang, telur, Serbuk penaik, gula Sunting ini di Wikidata
Cara penyediaanGoreng celur Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Waktu pemakanan dan penyedian kuih ini sering dilakukan pada waktu pagi hingga ke petang. Pemakanan kuih ini lebih bercirikan snek dan manisan.

Di antara penggunaan bahan asas utama donat adalah ibu roti atau yis. Setiap penggunaan ibu roti sebagai bahan penaik roti, ia dikenali sebagai roti penaik. Manakala roti yang tidak digunakan ibu roti, dikenali roti tanpa penaik.

Donat yang sedang digoreng.

Pemakanan sunting

  Amerika Syarikat sunting

Di Hawaii, donat yang popular ialah Malasada. Dikatakan jenis donat ini adalah berasal dari orang Portugal yang berhijrah ke pulau ini.

Gereja-gereja diselatan Pennsylvania, menjual sejenis donat yang dibuat dari kanji kentang yang digelar Fasnachts yang ada berkaitan dengan keagamaan kristian iaitu hari Fastnacht.

Terdapat cara pemakanan donat di negara ini yang menggunakan sirap maple semasa musim bunga dibelah kawasan Timur Laut, manakala donat jus epal juga dibuat semasa musim tuaian buah epal.

  Belanda sunting

Oliebollen merujuk kepada buku masakan ialah Donat Belanda, sejenis cucur yang mengandungi epal atau/dan buah-buahan kering seperti kismis; kebanyakkannya dimakan sebahagian dari perayaan Tahun Baru.

  Republik Rakyat China sunting

Masakan cina juga terdapat jenis donat yang digoreng dengan minyak yang banyak, berbentuk panjang, dan ia dinamakan sebagai Youtiou dalam Mandrin. Youtiou tidak diisikan dengan manisan mahupun disaluti manisan atau gula. Sering ia dimakan dengan bubur nasi dikalangan orang-orang cina, cara pemakanannya dengan mencelupkan ia sedikit didalam bubur atau dicarik-carikkan sedikit dan dimasukkan didalam bubur.

  Yunani sunting

Di Greece, snek iras donat, dipanggil loukoumas, berbentuk nombor 8 (garing) dan nombor 0 (besar dan lembut).

  India sunting

Donat di negara ini merujuk kepada vadai.

  Indonesia sunting

Donat di negara ini adalah satu jenis donat yang dibuat dari kentang. Ia dibuat dari campuran kentang, tepung dan disaluti dengan gula ising.

  Iran sunting

Orang Parsi menggelarkan ia zooloobiya, cucur yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz, diliputi dengan sirap pekat manis

  Israel sunting

Donat atau sufganiyah (Ibrani:סופגנייה; banyak, sufganiyot: סופגנייות) berbentuk bulat sepert bola. Ia digoreng dulu, dilubangkan dan dimasukkan jem atau kastard, kemudian diliputi dengan gula tepung. Perkataan sufganiyah berasal dari perkataan Greek iaitu sufgan yang membawa maksud "dikembungkan dan digoreng". Sufgnaiyah ini dijadikan makanan rasmi ketika upacara Hanukkah atau juga ditulis Chanukah.

  Itali sunting

Donat Itali dikenali sebagai ciambelle, "krafen" atau "bomboloni".

  Jepun sunting

Di bahagian Okinawa, penduduk dikawasan ini mempunyai satu masakan iaitu sata andagi, yakni sejenis pastri yang berbentuk sfera.

  Jerman sunting

 
Berliner Jerman

Di Jerman, doh yang iras dengan donat dipanggil Berliner, manakala penduduk Berlin menggelarkan ia Pfannkuchen, dan dikawasan tengah Jerman memanggilnya Kreppel, diselatan Jerman pula memanggilnya Krapfen

  Lithuania sunting

Di negara ini, sejenis donat yang dipanggil spurgos amat dikenali oleh penduduknya. Kadang kala, ia hampir sama dengan donat orang Poland.

  Malaysia sunting

 
Rupa kuih keria serupa dengan donat yang disaluti gula

Sejarah pemakanan awal donat di Malaysia adalah tidak diketahui. Namun, donat sering dimakan ketika sarapan dan minum petang. Donat yang sering didapati di negara ini tidak begitu padat pada isinya, ruang dohnya selepas digoreng adalah tidak rapat. Di negara ini, donat dimasak secara menggoreng dengan minyak yang banyak dan kemudian disaluti dengan gula kastor, gula halus mahupun gula ising. Donat mudah didapati digerai-gerai jalanan dan warung saja. Donat di negara ini tidak dikomersialkan secara meluas seperti pembukaan syarikat Dunkin' Donats.

Kuih ini berbeza dengan cucur keria atau kuih gelang dari bahan penyediaan dan penggunaan, walaupun mempunyai persamaan rupa bentuk yang bulat. Cucur keria tidak menggunakan bahan penaik iaitu yis. Bahan utama ialah keledek. Kuih keria atau kuih gelang, sering disalut dengan gula halus atau gula biasa yang dicairkan.

  Sepanyol sunting

Donat di Sepanyol dikenali sebagai rosco, buñuelo, dona, dan rosquilla. Rosquilla juga merujuk kepada bagel.

  Poland sunting

 
Inti jem yang terdapat didalam pączki

Bagi di Poland, dan sebahagian kawasan di Amerika Syarikat seperti di Chicago dan Detroit, di mana kawasan ini banyak orang Poland, donat yang bulat, diisikan dengan jem, dimakan dan juga dihidang ketika keraiaan seperti Karnival, dipanggil pączki (disebut pawnch-kee). Sekiranya donat ini banyak, ia digelar pączek. Di Rusia "пончики", ponchiki dan Ukraine "пампушки", pampushky, bentuk adalah sama dengan yang di Poland, tapi tidak berintikan jem. Tetapi, yang terdapat di Romania iaitu gogoşi , adalah sama dengan di Poland.

Nota sunting