Dumbo ("Sang Dungu") ialah sebuah filem animasi diterbitkan oleh Walt Disney dan ditayangkan ke pawagam oleh RKO Radio Pictures pada tanggal 23 Oktober 1941.[4] Film ini merupakan filem ke-4 produksi Walt Disney Animation Studios, dan telah menjadi salah satu Filem Animasi Klasik Disney.

Dumbo
PengarahBen Sharpsteen
PenulisHelen Aberson (buku)
Harold Perl (buku)
Otto Englander (pengarah cerita)
Joe Grant
Dick Huemer
Dihasilkan olehWalt Disney
DibintangiEdward Brophy
Herman Bing
Margaret Wright
Sterling Holloway
Cliff Edwards
Muzik olehFrank Churchill
Lance Husher
Diedarkan olehRKO Radio Pictures
Tarikh tayangan
  • 23 Oktober 1941 (1941-10-23) (Bandar Raya New York)[1]
  • 31 Oktober 1941 (1941-10-31) (U.S.)
Masa tayangan
64 minit
BahasaInggeris
BajetUSD950,000 (pra-inflasi)[2]
Pecah panggung>$1.3 million (anggaran sewaan AS/Kanada, 1941)[3]

Filem ini diangkat dari buku cerita anak-anak setajuk karya Helen Aberson dengan ilustrasi oleh Helen Durney.[5][6] Tokoh utamanya bernama Jumbo Jr., seekor gajah jantan yang bertingkah laku seperti manusia, dan diberi nama panggilan Dumbo. Ia memiliki telinga yang lebar yang dipakainya sebagai sayap untuk terbang. Di dalam cerita, teman setia hanyalah ibunya, dan seekor tikus bernama Timothy. Persahabatan Dumbo dan Timothy sekaligus merupakan parodi dari hubungan yang tidak serasi antara gajah dan tikus.

Ia tersenarai dalam Daftaran Filem Kebangsaan oleh pihak Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat tahun 2017 atas kepentingannya "dari segi budaya, sejarah, atau estetika"[7]

Sinopsis sunting

Seekor ibu gajah di sarkas yang bernama Mrs. Jumbo menerima seekor bayi gajah yang dibawa seekor burung bangau. Jumbo memberi nama bayi gajah itu Jumbo, Jr. Ia kelihatan aneh kerana daun telinganya yang lebar. Oleh sebab itu, ia dipanggil gajah-gajah lain sebagai Dumbo.

Jumbo menyayanginya dengan sepenuh hati, dan Dumbo dibesarkan seperti anaknya sendiri. Namun sayangnya, Dumbo tidak pandai main sarkas sehingga menjadi ejekan gajah-gajah lain dan lalu tidak mempunyai teman. Pada suatu hari, anak kecil yang menonton sarkas menarik telinga Dumbo. Akibatnya, Jumbo yang memarahi anak tersebut, dan membuatnya anak itu luka.

Sebagai hukuman, Jumbo dimasukkan ke dalam kandang, dan Dumbo menjadi sedih. Teman yang menghibur Dumbo adalah Timothy si tikus. Bersama Timothy, Dumbo minum air bercampur bir hingga mabuk. Dumbo bermimpi melihat gajah berwarna merah jambu sedang menari. Tanpa sedar, Dumbo dan Timothy sudah berada di atas pohon. Keesokan harinya, mereka berdua dibangunkan oleh kawanan burung gagak. Pemimpin burung gagak, Jim Crow mengatakan bahwa Dumbo dan Timothy sedang berada di atas pohon. Dumbo terkejut dan jatuh ke tanah. Dumbo belum tahu bahawa ia mampu terbang. Menurut Jim Crow, Dumbo mampu terbang jika kepercayaan terhadap dirinya pulih. Maka, ia memberikan Dumbo sebuah "bulu ajaib". Dengan "bulu ajaib" tersebut, Dumbo mampu terbang kembali. Ia lalu mempertontonkan keterampilannya terbang di sarkas. Dumbo menjadi gajah terkenal di Amerika Syarikat. Di akhir cerita, Dumbo mampu bertemu kembali dengan ibunya.

Barisan pengisi suara sunting

  • Edward Brophy: Timothy Q. Mouse
  • Herman Bing: The Ringmaster
  • Margaret Wright: Casey Junior
  • Sterling Holloway: Mr. Stork
  • Cliff Edwards: Jim Crow
  • Hall Johnson Choir: Paduan suara burung gagak
  • Verna Felton: Gajah Matriarch, Mrs. Jumbo
  • Noreen Gammill: Gajah Catty
  • Dorothy Scott: Gajah Giddy
  • Sarah Selby: Gajah Prissy
  • Billy Bletcher: Badut #1
  • Eddie Holden: Badut #2
  • Billy Sheets: Badut #3, Joe
  • Malcolm Hutton: Skinny
  • Harold Manley: Kanak-kanak lelaki #1
  • Tony Neil: Kanak-kanak lelaki #2
  • Chuck Stubbs: Kanak-kanak lelaki #3
  • John McLeish: Pengarang
  • The Sportsmen: diri sendiri
  • Diangkat dari buku: Helen Aberson & Harold Pearl


Terbitan sunting

Buku cerita bergambar dari Disney Press oleh penerbit Random House Disney. Cerita ditulis oleh Liane Onish dengan ilustrasi oleh Peter Emslie.
Cerita ditulis oleh Alan Benjamin, ilustrasi oleh Peter Emslie, dan disunting oleh Heather Lowenberg.
Buku yang ditujukan untuk balita dan prasekolah ini diberi ilustrasi oleh Peter Emslie dan cerita oleh Diane Muldrow.

Rujukan sunting

  1. ^ "Dumbo (1941)". AFI Catalog of Feature Films. Dicapai pada Mei 27, 2020.
  2. ^ "Dumbo". Box Office Mojo. Dicapai pada Januari 5, 2012.
  3. ^ Barrier 1999, m/s. 318.
  4. ^ Barrier 2008, m/s. 176.
  5. ^ Pace, Eric (April 10, 1999). "Helen A. Mayer, Dumbo's Creator, Dies at 91". The New York Times. Dicapai pada September 27, 2018.
  6. ^ Barrier, Michael (February 4, 2010). "The Mysterious Dumbo Roll-A-Book". MichaelBarrier.com. Dicapai pada September 27, 2018.
  7. ^ "2017 National Film Registry Is More Than a 'Field of Dreams'" (Siaran akhbar). Library of Congress. December 13, 2017. Dicapai pada December 13, 2017.

Sumber utama

Pautan luar sunting

  • Dumbo - Laman DVD Dumbo (Big Top Edition)